Saturday, December 08, 2007

Orkid Mambau Lagi




Dalam gambar di atas menunjukkan Orkid Rimau dan sejenis lagi orkid liar yang saya tidak pasti namanya lagi.

Semasa berkunjung ke nurseri orkid di Mambau, saya tertarik dengan berbagai jenis orkid liar yang ada di situ.

Mengikut kata isteri Encik Richard Tan, tuan punya nurseri itu, ada orkid yang dijual dan ada juga yang tidak dijual kerana mereka masih menjalankan kajian 'orkid kahwin', ertinya mereka membuat orkid hybrid.

Gambar 'Orkid Rimau' di atas, adalah dipercayai sebagai orkid yang terbesar di antara spesis orkid yang wujud.

Orkid Rimau yang bukan hybrid dikatakan berbunga hanya selepas lapan tahun. Ertinya sekiranya kita membeli orkid itu ketika anak kita berumur satu tahun, maka apabila anak kita itu bersekolah dalam darjah dua barulah orkid itu mengeluarkan bunga.

Tetapi Orkid Rimau jenis hybrid pula mengambil masa hanya tiga tahun untuk berbunga.

Semoga kita masih lagi meminati orkid selepas tiga tahun. Kalau tidak, maka tak sempatlah kita melihat Orkid Rimau itu berbunga!

5 comments:

Myalycia said...

wah alang, makin bertambah koleksi nampak... alang, orkid harimau tu takde gambar ke?? nama saintifiknya apa?? cuba alang tgk blog alycia kalau2 gambar2 orkid yg alycia shot tu orkid rimau alang...

Imran Yusuf said...

Alycia,

Okid rimau tu alang belum beli lagi, dan gambar tu pun alang ambil semasa berkunjung ke nurseri Mambau tu.

Insya Allah di waktu terdekat alang akan mendapatkannya. :)

Imran Yusuf said...

Alycia,

Alang nak reka nama saintifik bagi orkid rimau sebagai "Tigerium Dendrobium" boleh...?? :)

sesame said...

Hi Alang Bidara,

Do you mind to share how to go to the Mambau Orchids Nursery? I would love to pay a visit there someday. How about the owner's contact number? Intend to confirm their opening hours so that won't miss our chance.

Many thanks,
Sesame

Imran Yusuf said...

Dear Sesame,

To go to Mambau Orchid Nursery, if you are from KL, you take the KL-Seremban Highway and exit at Port Dickson Tol Plaza and take the old road to Port Dickson. After the railway crossing at Mambau town, you proceed for about 200-300 metres. The nursery is on the right hand side.