Thursday, December 13, 2007

Hobi Orkid 'Berfasa'?




Setiap orang memulai hobi meminati orkid akan mengalami suatu proses perubahan.

Perubahan yang maksudkan ialah dari segi perjalanan sikap, tindakan serta aktiviti yang melibatkan orkid. Saya kata begini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Saya sudah lama gemar kepada orkid, tetapi sekadar gemar melihat gambar orkid. Saya pun pernah berbual-bual dengan isteri saya mengenai orkid.

Pada suatu hari isteri saya menemani kawannya ke nurseri orkid di Mantin. Dia membeli beberapa pasu orkid. Saya gembira melihat orkid itu.

Sejak itulah hobi orkid kami bermula.

Kami telah mengunjungi beberapa nurseri orkid di sekitar Lembah Kelang dan Negri Sembilan. Kemudian kami melalui 'proses kumpul' orkid. Ya,. beli dan beli lagi.

Bila dah penuh pasu-pasu orkid di depan rumah teres kami yang terhad itu mulalah memikirkan tentang menaiktaraf beranda kepada pondok orkid.

Kami mengupah tukang kayu untuk memasang beberapa kayu 'broti' dan plastik hitam supaya orkid tidak kena sinaran direct cahaya mentari.

Siap saja 'pondok' orkid itu kami pasang paku dan membeli dawai untuk menggantungkan pasu-pasu bunga.

Bila ada orkid yag dibeli bercambah, kami semai dalam pasu lain. Selepas minat orkid, kami mula diversify. Suatu hari semasa ke Janda Baik saya singgah di tepi jalan untuk memungut orkid liar yang tumbuh di tebing jalan raya.

Apabila mengunjungi pak cik saya di Maran Pahang, beliau telah memberikan pokok langsuir yang tumbuh rendah di dahan pokok durian.

Beberapa hari lepas saya telah memungut beberapa pokok periuk kera dari tepi sebuah lebuhraya.

Saya percaya pengalaman saya ini tidak unik, kerana tentunya ada penggemar orkid yang mengalami perkara yang sama.

(...bersambung...)

6 comments:

Anonymous said...

Mengumpul orkid merupakan sejenis ketagihan. Tetapi, dari masa ke semasa pula kita akan mengalami "orchid fatigue", iaitu sejenis penyakit dimana kita langsung "fed up" dengan mereka dan akan mengabaikan tugas2 pemeliharaan yang biasa dilakukan. Nasib baik, ini penyakit sementara sahaja dan orkid pula boleh tahan didera. Walau bagaimanapun, kita tetap pulih kembali, khususnya apabila orkid kita kembang merata.

Imran Yusuf said...

Tuan anonymous,

Nampaknya saya hampir-hampir mencapai tahap "orchid fatigue" ini. Tetapi sejak saya aktif semula dalam blog ini serta menyertai OPM, atas gesaan Alycia, maka kemungkinan fasa "orchid fatigue" ini telah dilambatkan atau telah dilepasi... :)

Kak Yong said...

betullah... orkid ni boleh buat kita ketagih... Kak Yong mula2 dulu, suka tengok. Beli sepasu dua, habis bunga masa beli tu... tak mau bunga dah... sampai bertahun tak bunga pun ada.. fed up jadiknya.. macam2 nasihat dicari tapintak menjadi.. bila dah beli rumah sendiri, dah pindah... bunga tak henti2... syoknya... agaknya, nak berubah cuaca kot... Lepas tu, terus gila orkid lah jawabnya....

Imran Yusuf said...

Kak Yong,

Dia tak henti-henti berbunga mungkin sebab:

(1) kat rumah sewa dia tak nak berbunga sebab dia tak mahu tuan rumah rasa jealous bila tenguk orkid Kak Yong berbunga;

(2) kat rumah sendiri baru berbunga banyak sebab dia 'qadha' yang lama tak berbunga tu (Orang Putih kata "to make up for lost time")
:)

Anonymous said...

samalah dengan saya..mula2 tu sajer temankan mk mertua beli orkid..dah selalu sgt bawa dia lama 2jatuh cinta pula dgn orkid.almaklumlah rumah dekat dgn tmn orkid kuala lumpur(jln duta)kira kerap jugalah ketaman orkid tu.sekarang ni baru ader dalam 20 pasu baru nk kuar bunga tu yang bersemagat sgt ...pntg ader masa mesti nk g tmn orkid,sampai penjual dah kenal faezah..

Imran Yusuf said...

Faezah,

Memang 'susah' apabila sudah 'terkena' dengan hobi orkid ni.
Setiap hari mesti nak tenguk pasu, bunga serta nak siram air... :)