Thursday, December 27, 2007

Periuk kera serikan kumpulan orkid




Selain orkid, saya juga suka melihat tumbuhan periuk kera.

Gambar ini saya ambil setelah beberapa hari saya petik tumbuhan ini dari tepi sebuah lebuhraya di Selangor.

Tumbuhan ini termasuk dalam kategori tumbuhan 'carniverous', ertinya ia menjadikan haiwan dari kalangan serangga sebagai makanan.

Antara ciri yang unik pada tumbuhan periuk kera ini ialah 'periuk'nya. Dikatakan apabila ia cukup nutrien, maka ia tumbuh subur dan apabila subur semakin banyak daun tumbuh. Semakin banyak daun yang tumbuh, semakin banyak pula periuknya.

Dalam Forum OPM ada beberapa orang ahli OPM yang mengumpul tumbuhan jenis ini. Semua koleksi mereka saya dapati menarik sekali.

Semasa saya masih kanak-kanak dulu saya biasa melihat tumbuhan periuk kera ini di tepi sawah di kampung saya. Ketika itu tidak pernah mengambil dan meletakkannya dalam pasu, sebab dah 'biasa' dengan tumbuhan itu.

Tapi kini bila sudah lama menetap di pinggir bandar, semakin suka pula mengumpul tunbuhan yang dulunya saya tidak pedulikan pun.

4 comments:

faezah said...

saya ada satu pasu spesis ni .mula2 beli dulu byk betul periuk nya ,sekarang ni tggl daunnyer jer,tk pernah pulak bubuh baja sebab tak tau nk guna baja aper.blh bgotau tk?

alang bidara said...

Cuba siram dengan air basuhan ikan..

Anonymous said...

nak lebih segar lagi campur air basuhan kain tu ngn clorox.

syah said...

Salam da sesape tau x? Kedai yg jual Periuk Kera kat Masjid Shah Alam tu,, bape harga diorg jual? Yg biasa harga bape? Mak ak nak beli lah,, kalo da pape info bleh lah call ak kat - 0127826257 atau emel kat : planetmartauto@googlemail.com