Sunday, December 02, 2007

Orkid Butterfly Putih





Sebagaimana yang diwar-warkan oleh Alycia di OAPM,
saya telah berkunjung ke nurseri orkid yag terletak di pinggiran pekan Mambau.

Saya hanya membeli sepasu orkid Butterfly (lihat gambar). Sungguh menarik nurseri ini sekali pandang seperti berselerak dan tidak dijaga. Tetapi apabila saya berhenti dan melihat sekeliling kawasan nurseri barulah nampak berbagai jenis orkid Butterfly yang dijual. Sememangnya orkid ini disemai dari benih yang baik.

Selain itu pihak nurseri juga mempamirkan berbagai jenis orkid liar atau orkid hutan (bukan hybrid), yang paling banyak yang pernah saya lihat di nurseri yang pernah saya kunjungi sejak bergiat dengan 'hobi' ini.

Saya sertakan gambar papan tanda nurseri ini sekiranya ada yang berminat berkunjung ke sana.

Saya akan post lagi beberapa gambar yang saya ambil di sana.

2 comments:

~~@lyci@~~ said...

alang, seronok kan pergi kat nursery nie... alycia round kat sini tak sedar 2 jam lebih... sempat beli 3 pasu ajer alang... berkenan betul dengan orkid2 hutan kat sini.. cantik2 kan... nnt alycia post kat blog yer..

alang bidara said...

Ya, Alycia memang seronok. Cuma sebab pertama kali berkunjung ke sana.

Macam Alycia juga, beli dulu sepasu, tenguk kesesuaian. Kalau sesuai, em lain kali beli lagi..

Memang banyak orkid hutan/liar di sini, memang betul-betul mengancam !