Sunday, December 23, 2007

Orkid liar yang mempesonakan




Selain dari mengutip beberapa pokok orkid liar ini, saya juga mengambil gambar sebagai rekod dan kenangan.

Ini juga bagi merakamkan keadaan serta suasana sekeliling tempat orkid itu ditemui. Selain dapat mengingati pemandangan sekitar orkid itu, saya juga dapat meneliti keadaan bagaimanakah yang sesuai untuk orkid liar ini tumbuh.

Fakta seperti jenis pokok yang tumbuh di sekitar orkid, saya juga ambil kira rupa muka bumi sama ada tepi hutan, belukar, keadaan berpaya atau kawasan berpasir. Dengan memerhati keadaan itu, saya dapat meneka tempat yang bagaimana saya akan mudah temui orkid liar ini.

Selalunya orkid jenis seperti lalang ini tumbuh di kawasan yang lembab, dingin di malam hari dan senang mendapat cahaya matahari. Dia tumbuh di atas tanah atau lereng bukit, malah di lereng tepi lebuhraya pun ada juga. Tumbuhan sekeliling ialah paku pakis, semalu, senduduk dan lalang.

Semasa berkunjung ke Cameron Highlands saya dapati ia banyak tumbuh meliar di lereng-lereng jalan raya dari Tanah Rata sehingga ke Kampong Raja. Walau pun tumbuh dengan subur dan meliar di kawasan tanah tinggi dan dingin seperti Cameron Highlands dan Lebuhraya Karak, ia juga boleh hidup di kawasan perumahan di Lembah Kelang.

Ia kerap berbunga dan seronok dipandang apabila bunganya kembang.

3 comments:

Seorang Nazurah said...

salam...

sy sangat sukakan pemandangan seperti ini, mengingatkan saya pada kenangan ketika kecil.

sy pernah mengambil dan membawa pulang kinta weed/bamboo orchids ini dan tanam dalam pasu. namun keindahannya tidak dapat menandingi kesempurnaan di habitat semula jadinya

Imran Yusuf said...

Alaikumsalam Sdri Nazurah Aishah,

Bamboo orchids yang tumbuh meliar di habitat asli memang menarik dan
subur tumbuhnya kerana cukup udara, cahaya dan air serta baja yang diperlukan.

Apabila ditanam di kawasan rumah, suasananya tidak sebaik dengan habitat aslinya.

Anonymous said...

Salam....saya pun tanam orkid ini..cantik bunganya...serumpun kadang2 berbunga 7-8 kuntum