Sunday, December 23, 2007

Mengutip orkid liar




Di bulan Disember dan awal bulan Januari hujan selalu turun, bahkan di pantai timur Semenanjung Malaysia, ketika ini dikenali sebagai musim tengkujuh kerana hujan turun dengan banyak dan menyebabkan banjir.

Di waktu ini juga kegiatan menjaga orkid saya dapati agak rumit kerana beberapa pasu orkid akan terkena penyakit daun atau batang kehitaman malah ada yang mati.

Kami telah bersetuju bulan musim hujan dijadikan bulan kegiatan memungut orkid liar. Maka dengan sendirinya kegiatan menambah atau membeli orkid hybrid yang baru ditangguhkan buat sementara.

Ini ialah untuk mengelakkan daripada membeli orkid hybrid dan selepas itu pokok itu mati, jadi membazir sahaja akhirnya.

Orkid liar menjadi tumpuan. Mengutip orkid liar bererti mencari orkid di lereng bukit atau di atas pokok. Saya sering mengutip orkid liar di tepi Lebuhraya Karak dan di tepi jalan ke Kampung Janda Baik, Bentung.

Saya suka orkid liar, tetapi isteri saya lebih menyukai orkid hybrid kerana katanya orkid hybrid lebih tahan lama bunganya.

Begitulah kegiatan orkid kami di bulan musim hujan ini.

3 comments:

Anonymous said...

buat saudara yang meminati orkid, saya setuju dengan pendapat saudara. orkid hutan tahan lasak, mudah dibela, ramah berbunga, lasak pada baja.. sesuai ditanam di tanah dan bukan di dalam pasu kerana jika di tanam di dalam pasu perlu diperhatikan sekiranya pokok telah padat perlu dipecahkan rumpun orkid. orkid hutan yang tumbuh subur di lereng bukiit berwarna putih pada sepal dan ungu di petal ada 2 variasi yang saya jumpa, satu lagi adalah keseluruhan berwarna ungu.. bagi yang baru mula berjinak-jinak dengan orkid boleh bermula dengan orkid hutan ini...

Anonymous said...

suhailee.blogspot.com /orkid liar suhailee,

Anonymous said...

sy juga amat berminat...