Thursday, November 01, 2007

Orkid kurus berbunga lagi





Ada kawan isteri saya yang mengatakan pokok orkid di "taman orkid saya" kebanyakannya kurus-kurus belaka.

Tetapi beberapa minggu ini ada saja bunga yang berkembang di pokok-pokok yang kurus itu.

Alhamdulillah.

6 comments:

Anonymous said...

Kurus maknanya makanan di salurkan khusus kepada pembikinan bunga dan bukan kepada batang dan dedaun. Kalau gitu, bagus lah! Tapi takut juga sebab aka kalanya pokok tu membunga sebagai peluang unggul untuk membiak sebelum "nafas terakhir".

Anonymous said...

sensitif betul pemilik blog ni ya...

faezah said...

alang ni faezah nk tayer alang guna baja sempur or baja biji.ader yang mengatakan gunakan baja tahi kambing lebih elok dari baja sembur.

Anonymous said...

Faezah,

Baja yang digunakan ialah baja biji yang dibancuh ke dalam air dan disiram orkid itu semua.

Baja tahi kambing pun ok juga. Begitu juga baja natural seperti air basuhan ikan atau air basuhan beras.

:)

faezah said...

tq anonymous,,klu kita campur baja sembur dgn baja tahi kambing blh tk?tkt nanti mati pulak orkid faezah,,dah baru berjinak2 dgn orkid ni.

alang bidara said...

Faezah,

Baja sembur dan baja tahi kambing tidak boleh dicampur, tetapi boleh "diselang-selikan," misalnya hari ini guna baja sembur, 4 hari kemudian guna baji tahi kambing, minggu berikutnya guna baja sembur, dan begitulah seterusnya. :)