Tuesday, March 24, 2009

Mencari kepuasan ketika menanam orkid merpati



Setiap orang penggemar orkid tentu mempunyai orkid kegemaran masing-masing.

Ada orang sukakan cattleya. Ada juga yang sukakan vanda. Malah ada juga yang hanya gemarkan dendrobium.

Ada pula yang menumpukan perhatian kepada orkid hutan atau orkid liar semata-mata. Mereka tidak gemar dengan orkid hybrid. Apabila ditanya mengapa mereka tidak sukakan orkid hybrid, mereka mungkin menjawab,"Saya sukakan yang original sahaja. Tak mainlah orkid jenis kawin-kawin ni."

Walau apa pun yang digemari, setiap penggemar orkid mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka sukakan orkid yang mereka suka itu.

Bagi saya pula, semasa mula-mula 'terkena virus gila orkid' beberapa tahun yang lalu saya sangat gemarkan orkid jenis dendrobium. Ini disebabkan kerana bunga orkid dendrobium hybrid memang tahan lama. Seminggu masa berlalu bunganya masih steady lagi. Malah saya pernah terfikir, "Orkid ini bunganya hampir mencapai tahap bunga plastik juga mekarnya...!!"

Tidak berapa lama selepas itu semasa berkunjung ke sebuah nerseri di Subang, saya terpandang orkid jenis cattleya. Mulai hari itu 'cinta orkid' saya berpindah pula pada cattleya. Beberapa pasu orkid cattleya dengan pelbagai warna 'diragut dengan rakus' dari nurseri itu dan saya pulang dengan dompet yang bocor dengan seriusnya. Wah, nampaknya cinta saya sudah benar-benar beralih arah.

Tidak lama selepas peristiwa 'cinta luka' itu, saya dan isteri berkunjung ke Serendah International Orchid Park yang terkenal dengan pelbagai jenis orkid yang segar bugar itu. Sebaik sahaja terpandang orkid yang bergantungan dengan bunga purple itu saya terpegun kerana pokok ini ditanam tanpa media. Saya bertanya kepada pekerja warga Indonesia di situ. "Ini orkid vanda, pak," jawab pekerja itu sambil tersenyum.

Mulai saat itu mulalah saya terpesona dengan 'ayat-ayat cinta' dari orkid yang digelar vanda. Aduhai! Cinta cattleya hilang di ufuk timur, manakala kasih dendrobium pula hilang entah ke mana.

Vanda, aku sayang padamu! Orkid vanda yang kami beli itu rupa-rupanya dari benih yang baik. Tidak putus-putus ia berbunga. Sayangku vanda, kaulah orkid pujaan hatiku.

Sayang seribu kali sayang! Kasih vanda juga tidak kekal lama. Pada suatu senja di kala hujan rintik-rintik aku terpandang rimbunan hijau di dahan pokok di tepi jalan. 'Abang, itulah orkid yang saya cakap tempuh hari," kata isteri saya sambil menuding jari ke arah rimbunan nan hijau itu.

Saya terus memberhentikan kereta dan mengambil beberapa pokok orkid itu, tanpa mempedulikan puluhan kereta yang lalu-lalang sambil pemandunya memandang dengan ekspresi hairan. Memang cinta orkid saya mudah beralih arah. Hati cinta sayang kasih orkid saya sentiasa dilambung gelombang!

Hari ini saya masih bersama orkid liar ini. Mungkin sebenarnya kami sekufu. Atau memang kami satu aliran. Apakan daya-kini bagi saya dendrobium dan cattleya serta vanda sudah jatuh di tempat keempat, ketiga dan kedua.

Orkid merpati masih di sini. Mungkinkah kasih kami akan kekal untuk selama-lamanya?

Hanya masa yang akan menentukannya!

12 comments:

D'Rimba said...

ahhhhh damainya tengok keindahan tumbuhan anugerah Ilahi.....

Imran Yusuf said...

Sdr D'Rimba,

Memang terasa kedamaian apabila memandang ciptaan Allah.

MaMa MuNiRa said...

tak kisah lah apa jenis orkid samada den,catt,vanda, utan @ tepi jalan,atas pokok selagi boleh panjat saya panjat.tapi......namanya orkid tetap cantik di mata pengemarnya

MaMa MuNiRa said...

tak kisah la apa jenis orkid samada Den,catt, vanda ,utan, kpg ke? tepi jalan ke. tapi bagi pengemar orkid ,orkid tetap cantik di matanya.betui tak!

Shida said...

Ya Allah....cantiknya crumenatum bila kembang serumpun. Masya-Allah...

Imran Yusuf said...

MamaMunira, ye memang cantik -- nama pun lagi penggemar orkid. :)

Shida, untuk menikmati kecantikan sebenar kita perlu 'kumpulkan' pokok-pokok merpati ini menjadi satu rumpun besar. Cantikk!!

Shida said...

Ye, setuju dgn MamaMunira, orkid walau dr mana letaknya, asalnya tetap cantik bagi yg meminatinya.

S@Y@NGH@SNI said...

kagumnyer tgk picture tue...
kalau ler yang dirumahku ini..
berbunga selebat itu...

orang yang minat bunga ni..
memang romantik orangnyer...
bahasa pun indah jerrr

Imran Yusuf said...

Sdr Sayanghasni@Yus,

Ya, memang menggoda dan mempesonakan.
Ayat-ayat cinta mestilah indah bahasanya..nama pun cinta...

Susy Kamil said...

Sesungguhnya Allah Maha Pencipta, menciptakan sesuatu yang indah untuk ditatapi bagi mereka yang tahu menghargainya...

Imran Yusuf said...

Sdr Susy Kamil,

Saya percaya Cik Puan juga telah jatuh hati pada orkid merpati.

:)

Anonymous said...

saya juga suka dengan orkid tetapi tak tahu cara yang betul untuk menanam & menjaganya.geram tengok kat gambar2 yg sedara/i hantar.cantik sangat. boleh saya tahu tahu,
1.kenapa arang perlu direndam dahulu?
2.rendam dengan air biasa atau ada larutan tertentu?
3.batu bata yang dicampurkan bersama, adakah perlu direndam juga?
4.adakah nuget dan baja tahi kambing yang diproses sesuai untuk orkid?
terima kasih kawan2.