Monday, March 16, 2009

Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam kenangan



Semasa 'merayau' dalam internet sambil melawat blog rakan-rakan penggemar orkid hari ini saya terbaca berita mengenai Taman Orkid Antarabangsa Serendah telah ditutup.

Berita ini mungkin disambut dengan perasaan sedih oleh bukan sahaja para penggemar orkid tanah air, tetapi juga oleh para pelancung yang ingin melihat orkid di taman ini.

Oleh itu saya siarkan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa berkunjung ke sana dua tahun yang lalu.










6 comments:

Anonymous said...

Salam.

Ohh saya sempat 2x ke sana. Memang cantik tempatnya, rasa macam pegi melancong tempat peranginan. Tak tau citer pula rupanya dah nak tutup...

En Imran thx add Seri Orkid as a follower.

Oya tadi masa pusing2 cari buku kat library, saya ada jumpa buku en imran...kalau tak silap tajuk 'Meredah Samudera.' Belum sempat pinjam coz berebut2 dengan anak yang sibuk nak pinjam novel diaorang..hehe InsyaAllah nx time.

Imran Yusuf said...

Sdr FZI, Terima kasih kembali.

Ya, 'Meredah Samudera' memang karya saya.

Gambar cover buku-buku saya boleh dilihat di blog utama saya:

http://cabe4tokmekngah.blogspot.com

Dipersilakan ke sana. :)

ainaWardatul said...

assalamualaikum...sye pon penggemar@ gila orkid ...kt mane ek sye boleh dpt kn pokok2 orkid ...sye dr seremban.. kalau beli orkid pon kene pergi taman orkid yg dekat ngan masjid negara tu...ade x tempat2 laen selain dr itu..

ainaWardatul said...

dekat mane ye sye boleh dpt kn pokok orkid selain dr taman orkid kl dekat ngan masjid negara...sye dr seremban..

Imran Yusuf said...

Cik Puan Aina Wardatul,

Ada taman orkid berhampiran Seremban, yakni di antara pekan Mantin dan Seremban, melalui jalan lama. Jika kita bergerak dari Seremban, nurseri orkid itu di sebelah kanan jalan, sebelum sampai pekan Mantin.

Saya pernah tulis entri di link ini:
http://alangbidaraorchids.blogspot.com/2007/12/orkid-di-mantin.html

Satu lagi di Mambau, yakni di jalan lama. Sebelah kanan jalan apabila kita memandu dari Seremban ke Port Dickson. Hanya dalam 300 meter dari pekan Mambau. Say apernah buat entri di link ini: http://alangbidaraorchids.blogspot.com/2007/12/orkid-butterfly-putih.html

Hexagon Green Biotech Sdn Bhd said...

salam..sy muhaimin dari hexagon green sdn bhd..kami mempunyai ladang orkid di bukit changgang, banting dgan pelbagai jenis spesis seperti dendrodium, mokara, oncidium dan phalaenopsis..jika berminat, boleh ke ladang kami bila2 masa..kalo ada pertanyaan, boleh hubungi 019-3727419 atau email ke muhaimin_biotech@yahoo.com