Wednesday, March 04, 2009
Orkid merpati putih
Setelah membaca entri mengenai orkid ini di blog Kujie, saya merasa teruja kerana di rumah saya pun ada beberapa batang potongan kayu yang saya lekatkan orkid merpati putih ini.
Kebetulan saya baru sahaja mengambil beberapa gambar pada hari bunganya berkembang, malah mungkin berkembang pada hari yang sama orkid Kujie berkembang.
Saya ambil orkid ini dari pokok yang tumbuh di sepanjang jalan masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta dari sebatang pokok yang tumbuh di sebuah hopital di Lembah Kelang.
Ada juga yang saya letakkan dalam raga kayu dan raga dawai (yang ini ambil dari dapur-isteri saya sudah tidak mahu guna lagi raga ini, hehehe..) dan semuanya tumbuh setelah saya kerap siram dengan air bercampur baja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
cantik merpati putih ini... saya hanya ada sejenis ini saja.
tak pandai menjaga orkid sebenarnya tetapi orkid ini mudah untuk dijaga.
mungkin dia berbunga serentak kerana kawan2 saya bagitahu, orkid dia pun berbunga juga
orkid ni byk bertenggek kat atas pokok-pokok besar ,akak pun ada tanam kat rumah.pakai letak aje idup lah ia.
orkid ni selalu ada atas pokok pokok besar tepi jalan .letak kat mana pun orkid ni tetap hidup
Puan Kujie,
Ya, semasa pokok yang di rumah saya berbunga, saya tenguk orkid itu yang di atas pokok di sepanjang jalan ke IPTA (yang saya ambil dari pokok itu lah..ehehe) juga berbunga - memutih di atas pokok itu.
Puan MamaMunira,
Ya, saya lekatkan di kayu yang di potong, di papan, dalam raga - kesemuanya hidup dan tumbuh denga suburnya.
Saya akan tambah lagi - biar penuh bergantungan di pokok mangga di depan rumah saya... :)
la merpati putih rupanya...
yus pun banyak tanam orkid ni..
(ambik benih kat pokok durian abah)
tapi jarang nak berbunga macam nie...
Sdr Sayanghasni@Yus,
Cuba semburkan air bancuhan baja dan tenguk hasilnya.. :)
yus memang ada guna baja semburan tu..
berbunga tapi tak banyak..
paling banyak pun 7 kuntum jer
sedangkan pohonnyer merimbun...
paling subur kat rumah yus pokok tu ler...
Sdr Sayanghasni@Yus,
Mungkin pokok itu perlukan lebih cahaya dan udara, maka bunganya akan tumbuh dengan banyaknya.
Post a Comment