Wednesday, August 19, 2009

Baja organik mikrob yang mujarab

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada para pembaca budiman kerana telah begitu lama saya menyepi dan blog ini tidak dikemaskini. Namun hari ini saya berkesempatan menyiarkan beberapa gambar orkid saya setelah disembur dengan larutan cairan baja organik mikrob.

Kini saya yakin baja mikrob jenis cairan yang kita larutkan dalam air bersih (air paip ditapis atau dibiarkan selama 24 jam sebelum digunakan) atau air hujan bakal memberikan nafas baru kepada tanaman kita.

Satu penutup (kap) cairan ini yang dilarutkan dalam satu liter air sudah memadai bagi menyembur kesemua orkid dan lain-lain tanaman di 'taman' sekangkang kera di depan rumah teres kawasan perumahan ini.

Mari kita lihat hasilnya:

Vanda yang dibeli di Arau, Perlis tempoh hari segar bugar dengan akar yang hijau.


Lihatlah pula keratan dendrobium yang tidak seberapa ini menghijau pekat.


Catlleya yang telah sedia subur menjadi bertambah subur dan menghijau. (Siapa ada anak langsuyar yang menumpang pula...


Cattleya yang hampir pupus mula kelihatan kembali bertumbuhan.

3 comments:

aNis said...

berapa kerap saudara sembur orkid dengan baja mikrob ni? lama x nak tunggu orkid berbunga dari waktu mula2 saudara sembur baja mikrob ni?

Imran Yusuf said...

Sdr ANis,

Saya kerap menyiram atau menyembur air bancuhan baja mikrob itu. Seminggu lebih daripada tiga kali.

Anonymous said...

boleh ke minta anak benih orkid 2 cantiknyaaaaaaaaaaaaa...