Monday, August 10, 2009

Orkid liar memang diminati ramai




Orkid liar memang disukai oleh majoriti peminat orkid.

Ini terbukti daripada poll yang saya anjurkan di blog ini. Daripada 42 orang yang mengundi, 26 orang, iaitu 50% menggemari orkid liar.

Orkid lain yang digemari ialah jenis Dendrobium dan Cattleya yang sama-sama menduduki tempat kedua dengan 15 undi, manakala orkid jenis Phalaenopsis menduduki tempat kelima dengan 14 undi.

Walau bagaimana pun, sebelum anda petik orkid liar, pastikan ia tidak termasuk dalam senarai spesis yang dilindungi.

Bagi saya orkid liar yang paling banyak dan paling mudah dijumpai ialah orkid merpati dan orkid buluh. Orkid merpati jenis yang menumpang di pokok lain, manakala orkid buluh ialah jenis yang tumbuh di tanah.

3 comments:

~~@lyci@~~ said...

salam alang..
lamanya alycia tak jenguk kat sini.. dulu pergi kat Floria kat putrajaya.. banyak nya orkid alang.. geram alycia tengok.. dapat cuci mata jer sbb bawak anak hehe...

Kunang-Kunang said...

Saya ada juga tanam orkid buluh, ada orang kata orkid rotan. Seronok bila dia berbunga. Orkid rotan ni sentiasa berbunga.

k hanim

Imran Yusuf said...

Alaikum'salam Alycia,

Selamat kembali ke 'dunia penggemar orkid' dan semoga baby juga sukakan orkid.... :)