Wednesday, August 19, 2009

Orkid merpati berkembang lagi




Terasa baru sahaja orkid merpati ini berbunga.

Kini berbunga lagi. Putih bersih dan harum semerbak. Namun sayangnya, mekarnya hanya sehari.

Apa pun orkid merpati tetap unggul dan menarik.

7 comments:

Shida said...

Wahhh..meriahnya si merpati berbunga. Di rumah saya clump kecil, jadilah kalau berbunga belum meriah begini.

Kunang-Kunang said...

Betullah saudara Imran. Di rumah saya pun tahun ni dah dulu kali berbunga. Jadi apa yang orang kata hanya berbunga sekali setahun dah tak kenalah nampaknya.

Kekayaan Allah. Lembat betul pokok saudara. Pokok saya pulak kali ni tak berapa meriah bunganya.

Imran Yusuf said...

Shida,

Semoga rajin-rajin sembur baja pada daun orkid merpati agar ia tumbuh lagi banyak daun dan ranting.

Kelak bunganya semakin lebat juga.

Imran Yusuf said...

Kunang-Kunang,

Mungkin cuaca tahun ini lebih sesuai untuk orkid merpati berbunga...

Alhamdulillah...

harhtan said...

Abg Imran, merpati saya nampak mcm subur, tp tak pernah berbunga. mengapa ya? rasanya dah hampir 2,3 tahun saya menjaganya.

baja microb yg abg gunakan tu, baja apa ya, boleh saya dptkan lebih info?

Timerkasih..

Imran Yusuf said...

Sdr Harhtan,

Cubalah sembur cairan baja microb yang dilarutkan ke dalam air bersih. Baja mikrob boleh didapati di kedai atau di nurseri orkid, atau pun di pasar tani.

zaman said...

sekali berbunga memang puas hati orkid jenis merpati ni..tapi kena sabar menunggu dan menjaganya..Kadang-kadang kena teliti jugak bimbang serangan serangga perosak dan pokok tidak sihat