Saturday, June 06, 2009

Senduduk kampung




Sempena musim cuti sekolah saya ingin berehat seketika dari membuat posting mengenai orkid.

Di atas ialah gambar bunga senduduk yang saya rakamkan semasa bercuti di kampung isteri saya di Melaka.

Senduduk ialah sejenis bunga yang tumbuh meliar di pinggiran kampung, di tepi-tepi lebuh raya, serta di merata hutan dan belukar.

Saya masih ingat semasa zaman kana-kanak dulu kami sering makan buah senduduk ini sehinggakan meninggalkan kesan kehitaman pada gigi.

Sungguh nostalgic kenangan ini!

2 comments:

Shida said...

Masa kecik² dulu selalu buat lastik dr batang pokok senduduk.

Pastu kalau masa bermain tu terluka, kunyah daunnya dan ditepekkan pada luka tersebut.

Isy, bestnya zaman budak² dulu.

Imran Yusuf said...

Shida,

Saya ada terbaca daun senduduk juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Ini tentu suatu berita baik bagi mereka yang mahu menghilangkan parut..