Saturday, June 20, 2009

Orkid cattleya yang kecil bunganya



Orkid ini adalah antara orkid yang saya beli dari nurseri orkid, tetapi saya sudah lupa di mana nurseri itu.

Saya pun sudah lupa tarikh orkid itu dibeli.

Orkid ini kerap berbunga, walau pun kecil sahaja bunganya.

Pada suatu pagi saya lihat pasu orkid ini telah terjatuh dan pecah berkecai. Bukan kerana angkara kucing saya yang nakal itu, tetapi kerana paku yang dijadikan tempat orkid ini digantung, telah terkeluar dari tempatnya.

Ada dua atau pasu orkid yang saya gantung pada paku yang sama. Orkid yang satu lagi ditanam dalam pasu plastik, manakala satu lagi ditanam dalam raga kayu. Ringan sahaja dua pasu yang lain itu, jadi tidak pecah sekadar cedera sedikit orkidnya.

Kini orkid ini telah saya tanam semula dalam dua pasu plastik.

2 comments:

Kunang-Kunang said...

Bagusnya dapat bunga cattleya.

Pada masa sekarang saya sedang cuba untuk membungakan cattleya saya, dah nampak tunas2 baru mula tumbuh dalam beberapa pasu. Saya telah letak baja bunga 2 minggu sekali.

Harap2 dia berbunga. Apa baja yang saudara imran gunakan untuk cattleya saudara.

Imran Yusuf said...

Sdr Kunang-Kunang,

Saya gunakan baja organik (dari tanah bercampur tahu cacing) dan juga baja bunga yang saya beli dari nurseri orkid.

Semoga orkid cattleya Sdr Kunang-Kunang berbunga akhirnya...