Saturday, November 04, 2006
Taman Orkid Antarabangsa Serendah
Petang sabtu yang baru lalu saya dan isteri saya bertolak dari rumah pada pukul 2.30 petang untuk mengunjungi sebuah taman orkid di Serendah yang diberi nama Taman Orkid Antarabangsa Serendah.
Namun oleh kerana tersilap memilih laluan, iaitu melalui MRR2 dan jalan melalui Templer Park, laluan tersebut sesak, maka hasrat kami tiada kesampaian.
Tujuan kami ke sana bukanlah sangat untuk membeli pokok-pokok orkid berpasu-pasu, tetapi lebih kepada untuk melihat susunan dan hiasan orkid serta cara penampilan pokok-pokok orkid, dengan harapan kami dapat meminjam idea mereka untuk menghiasi dan menyusun taman orkid kami.
Suatu hari lain akan dipilih untuk kami ke sana dan kali ini mungkin akan memilih laluan yang lebih sesuai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ha - satu lagi tempat: Hourai Orchids di Jln Page,Ukay Heights. Tetapi entah menerima pelawat ke tak.
lagi baik naik hiway dan keluar kat rawang (dekat ngan bdr country homes) then terus lalu pekan oppsss bandar rawang menghala ke ipoh..
Post a Comment