Saturday, November 25, 2006
Kesesakan Trafik ke MAHA 2006
Kesesakan trafik begitu dirasakan pada hari Sabtu, 25 November 2006 di lebuhraya KL-Seremban sejak dari selepas plaza tol PLUS Sg Besi sehingga ke exit UPM dan exit Kajang, sejak dari tengah hari lagi.
Adalah dipercayai kesesakan ini berpunca daripada ramai warga-kota yang ingin pulang ke kampung di selatan tanah air serta ramai orang dari Lembah Kelang dan dari seluruh negara yang ingin berkunjung ke pameran MAHA 2006.
Ada kenalan yang menceritakan ada di antara pengunjung yang terpaksa berjalan sejauh lebih 1 kilometer daripada tempat letak kereta ke tempat pameran.
Begitu meriah dan hebat sekali sambutan orang ramai kepada pamiran pertanian, kerana sesungguhnya ekspo ini mendapat liputan meluas dari media eletronik dan media cetak, dan juga kerana pertanian memang sesuatu yang dekat di hati rakyat negara ini.
Walaupun ada yang merungut kerana kesusahan dari kesesakan trafik ini, namun saya percaya tidak kurang juga yang begitu bersemangat melihat pameran ini, sehinggakan segala susah payah dan penat lelah itu berbaloi dangan apa yang mereka saksikan di MAHA 2006.
Kepada sesiapa yang belum lagi ke sana, silalah pergi, insya Allah anda tidak menyesal. Kalau nak lihat peta atau hendak tahu butiran lanjut bolehlah berkunjung ke laman web MAHA di:
http://www.mahaexpo.com/
Selamat berkunjung ke sana serta selamat melihat orkid dan membeli orkid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kaypoh sikit tentang gambar2:
Sebelah kiri ialah sejenis rhyncostylis, retusa agaknya. Anda boleh cuba menanamnya tetapi hasilnya tak akan begitu menyerlah sebab ini okid tanah tinggi/iklim sederhana. Yang dipamerkan ni dah kira istimewa bagi kita.
Sebelah kanan pula, JANGAN cuba! Ini cymbidium besar yang hanya akan berbunga kalau terdapat malam yang sejuk( 15C-18C ) untuk se musim. Misalnya, dimusim luruh atau musim bunga. Kalau berminat dgn cymbidium, baik beli species tempatan ataupun baka miniature.
Oops, maaf! Saya dah salah. Nampaknya rhynchostylis boleh tahan iklim kita tapi kena berteduh walaupun dari rumpun vandaceous.
Post a Comment