Sunday, November 05, 2006

Beberapa Pemandangan di Taman Orkid Antarabangsa Serendah





Untuk ke Taman Orkid Antarabangsa Serendah atau Serendah International Orchid Park dari Kuala Lumpur kita boleh melalui Lebuhraya Plus ke utara dan keluar exit Rawang atau Bukit Beruntung. Kita boleh juga melalui Jalan Kuching dan seterusnya melalui pekan Rawang.

Selepas pekan Sg Choh dan Serendah kita akan menemui Serendah Golf Resort, dan sebaik sahaja selepas itu kita akan nampak papan tanda ke taman orkid ini. Kalau tidak biasa ke situ tentu kita tidak menyangka ianya menuju ke taman orkid.

Jalan ke depan sedikit lagi sehingga kita bertemu papan tanda menunjukkan ke taman orkid itu.

Pemandangan di taman orkid ini agak menarik. Berbagai jenis orkid dipamirkan untuk pengunjung, terutama sekali jenis Cattleya. Sebaik sahaja masuk ke ruangan pamiran Cattleya kita dapat mencium bau harum bunga-bunga orkid jenis Cattleya.

Selain dapat menikmati kecantikan bunga-bunga orkid, pengunjung juga dapat melihat pemandangan indah sekitar bukit berkenaan (taman orkid ini terletak di atas sebuah bukit).

Dapat melihat jalan Serendah - Ipoh, landasan keretapi, tasik dan pemandangan sejauh mata memandang.

Setiap pengunjung yang meminati orkid tentu akan berpuas hati jika berkunjung ke taman orkid ini.

4 comments:

Anonymous said...

Wow, cantiknya! Anggaran harga sepasu cattleya di sana?

Imran Yusuf said...

Harga sepasu Cattleya ialah bermula dari RM30.00, dan bukan sahaja harga berpatutan, banyak pilihan pula...berbagai warna dan saiza Cattleya itu...

Anonymous said...

saya selalu ke kL tapi saya takut nak beli takut bila masuk dlm kereta panas takut daun melecur perjalanan pulak jauh kl-perlis.

Imran Yusuf said...

Mama Munira,

Perjalanan jauh tidak menjadi masalah bagi orkid kerana:
a) kalau kereta berhawa dingin, orkid tidak akan layu;
b) kalau kereta tidak berhawa dingin, kita hanya perlu renjiskan air pada daun serta akarnya, maka orkid tidak akan layu...
:)