Tuesday, September 05, 2006

Menjaga Orkid Mudah Tetapi Jangan Ambil Mudah





Setelah menceburi "bidang menggemari orkid" ini selama beberapa bulan, saya boleh menyimpulkan bahawa menjaga orkid ini mudah, tetapi tidak boleh ambil mudah.

"Menceburi bidang ini" yang maksudkan di sini ialah: (1) mengunjungi beberapa pusat jualan orkid; (2) membeli beberapa pasu pokok orkid; (3) menyusun pasu-pasu orkid; (4) menjelajah internet mencari apa jua maklumat mengenai orkid; (5) mengambil gambar orkid; (6) membuat posting di dalam blog saya ini.

Ada maklumat menyebut selain air, baja, cahaya mentari dan suhu, maka satu bahan yang lebih penting lagi bagi pertumbuhan orkid ialah udara. Orkid jenis tumbuhan hutan; ada yang tumbuh di atas tanah dan ada yang menumpang di pohon lain. Bagi yang tumbuh di atas pohon lain, maka sebahagian besar keperluan makanannya ialah yang ada di udara sekeliling.

Maka saya agak bagi penggemar orkid yang tinggal di pangsapuri, rumah pangsa atau pun di kawasan tanah tinggi (macam Ukay Height dan sebagainya...!) amat senang sekali menjaga keperluan elemen udara ini kerana menepati ciri-ciri peng"udara"an yang tepat.

Bila bunga orkid yang baru tumbuh bersaiz lebih kecil daripada semasa kita membelinya, maka kemungkinan besar ada kekurangan di antara elemen-elemen tadi (air, baja, cahaya mentari, suhu dan udara).

Bila bunga mula layu maka elok dipotong bagi menggalakkan pertumbuhan tunas baru. Tapi hati-hati, gunakan gunting atau pemotong yang tajam dan bersih supaya tiada kekotoran atau virus berjangkit kepada pokok orkid itu.

Saya dan isteri saya mula 'jatuh cinta' kepada orkid ini setelah dia mengikut seorang kawannya yang gemar orkid juga, ke sebuah kebun tanaman orkid di Mantin, Negeri Sembilan. Sejak itu kami telah mengunjungi pusat-pusat orkid di Cameron Highlands, Sg Buloh dan juga Taman Orkid Kuala Lumpur.

Saya ada baca mengenai pusat orkid di Ipoh yang mempamir pelbagai jenis orkid. Maka kami berhasrat akan ke sana.

Ada juga maklumat menyebut orkid-orkid di Kuching dan Kota Kinabalu ada lebih banyak jenis daripada Semenanjung, maka itu mungkin dalam perancangan akan datang.

Saya terbaca Thailand merupakan negara pengekspot terbesar di dunia, jadi sudah tentulah orkid-orkid di sana menarik dan cantik-cantik. Tetapi kalau nak buat perjalanan ke sana pun mungkinlah masuk dalam plan fasa kedua atau plan jangka panjang.

Buat masa ini kami akan tumpukan perhatian kepada orkid-orkid di sekitar Lembah Kelang dahulu. Kalau ada rezeki lebih, insya Allah tempat-tempat yang jauh itu pun kita akan jelajahi.

Hanya seorang penggemar orkid akan mengenal seorang penggemar orkid yang lain.

8 comments:

Anonymous said...

cantiknya bunga dalam gambar. Tapi saya sangat sedih kerana saya pernah tanam bunga-bunga tersebut, sekarang semua dah mati. Saya amat sayang orkid putih (orkid hutan spt dalam gambar)Ada > 40 species termasuk oncidium, mokara, vanda dll. Terpaksa tinggalkan di rumah sbb kena pindah ikut suami. Sekarang baru mulakan tanam orkid di tempat baru, penggunaan penggalak akar memudahkan orkid tumbuh. Jika anda ada orkid hutan, pastikan nikmati bunganya kerana ia berbunga sekejap saja. Kadangkala tak sampai sehari, bunganyapun tak banyak, tapi ada yang harum.

Anonymous said...

saya baru mnjadi penggemar orkid..konklusinya,sy amat jahil dalam mngetahui penjagaan orkid....mletak baja orkid bape kali sminggu yer???dan mnyiram nyer bpe kali shari???

Imran Yusof said...

Sdr Anonymous 2.04,

Semoga orkid Sdr semakin banyak berbunga.


Sdr 7.12,

Letak baja seminggu sekali cukup dan siram sekai sehari, tetapi apabila kemarau siramlah dua kali sehari.

cahaya mata said...

ok,comel hehe,mak saya ske sgt dgn bga orkid,tp bge orkid yg tumbuh mmg x kekal lame ke?sy tgk bge orkid yg mak sy punye x kekal tp lame2 tumbuh yg baru hehe,

cahaya mata said...

Hehe,memang cantik bunga orkid,dlam family sy yg pling gemar dgn bunga orkid mak sy la.hehe..tp nk tnye skit,bunga orkid yg sedang berbunga,perlu letak baja x?.kpada penggemar orkid,smoge bunga orkid kalian terus segar.hee...

CIK CHIPSMORE said...

INFO BERGUNA..saya tag blog kamu dalam entry blog saya..untuk menjadi panduan pada semua..
sy dah folow blog kamu..hehe
nir url sy
http://waneey89.blogspot.com/2012/01/orcad-oh-orcad.html

Rosaiza Azira Bt Rosli said...

askm....mcm mana nak suruh orkid berbunga lagi? bahagian arang tu memang perlu ke...adussss minat tapi tak tahu nak jaga la ....bunga lain setakat ni semua rasi..tang orkid fail...tolonggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Imran Yusuf said...

Cik Puan Rosaiza Azira, cuba bubuh baja bunga bagi orkid. Baja bunga orkid boleh dibeli dari nurseri orkid. Siram dua kali sehari. Pastikan orkid mendapat cahaya mentari secukupnya, tetapi jangan terdedah 100% kepada sinaran mentari. Juga orkid perlu di'udara'kan, yakni cukup kitaran udara sekelilingnya.
Selamat mencuba.