Saturday, September 02, 2006

Beli dan beli lagi...




Baru seminggu sekembali dari Cameron Highlands dengan kecederaan poket dan dompet yang serius, saya dan isteri saya masih belum serik lagi.

Kali ini kami menjelajah pula ke beberapa pusat jualan ordkid di Sg Buloh dan yang berhampiran lapangan terbang Subang, tanpa menghiraukan risiko kelukaan akibat "peras-ugut" penjual orkid.

Rupa-rupanya ketagihan orkid memang lebih sukar dirawat daripada kebanyakan keghairahan hobi-hobi lain.

Mungkin juga kerana kekecewaan melihat orkid yang dibeli di Cameron Highlands yang semakin 'layu dan pudar' akibat pertukaran cuaca dari hawa dingin tanah tinggi kepada hawa hangat Lembah Kelang.

Atau memang tiada tertahan terkena "panahan beracun" akibat kecantikan bunga orkid dan keinginan mencapai zauk maksima di dalam mengejar suatu maqam tahap tertinggi di dalam pengembaraan mencari suatu kepuasan yang fana yang bergelar "orkidisme".

Beginilah akibatnya yang terpaksa kami tanggung di hujung program 'orkid outing' kami di petang Sabtu yang syahdu ini...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..saye elis..saya baru berjinak jinak dgn dunia orkid ni..baru 2 bulan.. mmg gila kalau da tejebak..pantang nampak..mesti nak beli..Pagi tadi mak saye terpatahkan bunga orkid yg baru nak kembang..frustnye saye rase.. tapi saye cube soletep balik.haha.. tak tahu berjaye ke tak..boleh saye tanye.. pokok orkid saye daunnye mcm cepat kuning..pastu ade tompok2 hitam..adakah pokok tu kena serangan kulat? saya tak tahu nak tanye pada siapa.. try carik kat internet,jumpe blogg ni.. harap kita dapat share something ya...thanks..

alang bidara said...

Wa'alaikumussalam Elis, Terima-kasih kerana sudi post komen di blog saya ini, Terlebih dahulu saya kena mengaku saya baru saja berkecimpung di dalam menggemari orkid, jadi agak sukar untuk saya beri khidmat nasihat tentang orkid. Walaubagaimanapun, untuk tidak mengecewakan Elis bolehlah membaca tentang penjagaan orkid di laman Jabatan Pertanian di link berikut ini:
http://agrolink.moa.my/pqnet/kwln/perosak_orkid.htm