Sunday, February 07, 2010
Cattleya berbunga lagi
Gembira hati tidak terkira melihat bunga cattleya yang berwarna purple ini.
Orkid ini asalnya dari keratan yang diberikan oleh emak kawan isteri saya. Atau dengan lain perkataan seorang makcik yang menjadi emak angkat isteri saya di kawasan perumahan kami ini.
Emak angkat isteri saya ini memang penggemar orkid. Beliau peminat tegar dan mempunyai formula tersendiri bagi menyuburkan orkid beliau.
Hendak tahu apakah formula beliau? Ya, beliau menyiram orkid dengan air basuhan ikan dan air basuhan beras. Hasilnya cukup memberangsangkan. Orkid beliau hidup subur, daunnya tebal dan lebat. Bunga orkid pun sentiasa keluar.
Namun bagi saya formula itu kurang sesuai untuk saya kerana orkid saya bergantungan dan apabila saya menyiram orkid saya dengan air basuhan beras dan ikan, air siraman terpercik ke atas kepala saya!
Sedangkan orkid beliau tidak digantung, sebaliknya di tanam dalam pasu dan diletak atas rak yang rendah. Formula itu amat berkesan untuk beliau.
Cara sesuai untuk saya? Untuk saya, apa lagi kalau tidak dengan semburan baja mikrob.
Labels:
cattleya purple
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Cantiknya purple cattlea, sya nk cuba guna formula air basuhan ikan n air beras kat okid saya yg kt bhg dapor harap2 menjadi..tq bg petua
Saya gembira McikPah akan mengamalkan tip ini.
Semoga menjadi.
Oh ya, jangan lupa puan, aorkid juga perlukan pengudaraan dan cahaya matahari.
nice pic..aku pun salah sorang peminat orkid jugak.. slamat berkenalan
saya penggemar orkid. Baya yg dinyatakan mana nak beli
email saya ct_sara45@yahoo.com
TQ
memang betul petua...tu amat berkesan. Jika nak bunga yang lebih segar bugar dan sihat boleh guna juga baja organik yang lain @ nak orkid ni kerap berbunga bolehlah guna baja kimia yang biasa digunakan diladang "Gaviota 67". Biasa dijual di nursery terpilih...ianya berwarna hijau muda.
Orang tua tua kat kampong kita dulu dulu lepas aje basuh ikan depa juruih ayer ikan kat pokok bunga atau pokok buahan, itu dulu lah sekarang entahlah masing masing sibuk kerja, siang ikan pun penjual ikan yang tolong siangkan mungkin masa depan nanti ada service basuh ikan sekali....hehehe kemungkinan ...mungkin..tak mustahil...kan kan
Sdr Reality/Fantasy dan Sdr Stab Stone, terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat di blog ini.
Post a Comment