Sempena entri pertama bagi tahun 2010 ini mari kita berkongsi maklumat tentang baja mikrob yang saya gunakan. Sayugia dimaklumkan bahawa saya tidak dibayar oleh pihak syarikat pengeluar baja ini untuk mempromosi produk mereka.
Ini sekadar berkongsi kesan pada orkid dan langsuyar saya selepas menggunakan sebotol baja ini. Sekarang sedang menggunakan baja ini dari botol yang kedua.
Lihat kesan pada orkid. Daun orkid cattleya ini hijau dan bertambah tebal.
Keratan orkid merpati yang saya 'letak' dalam botol plastik yang dipotong bahagian tepinya. Hijau dan subur.
Lihat pula daun langsuyar ini. Subur menghijau.
Pernah lihat botol satu liter bahan cecair ini?
Mari lihat secara lebih dekat. Inilah dia label pada botol baja mikrob jenis BMG.
Nota akhir: Saya beli baja ini dari sebuah gerai di pasar tani MAEPS, Serdang, Selangor@Tapak Expo MAHA, pada hari Sabtu.
Sunday, January 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
berapa harganya baja tu....??
sbb tgk daun nmpak hijau.....
Sdr Azura Ahmad,
Saya beli baja mikrob ini di pasar tani di tapak MAEPS, Serdang dengan harga RM10.00 sebotol.
jauhnya...zura kat sg petani...ada beli baja tp jenis biji ketul...tak tabur lagi..sbb kebanyakan orkid..baru semai...
rasanya jenis baja mikrob nie..mcm2 jenis kot??
Sdr Azura,
Baja mikrob ada pelbagai jenis. Tidak semestinya Cik Puan beli baja mikrob jenis ini...
:)
Tuan Imran,saya dah puas guna macam-macam baja.baik spray atau tahi kambing tapi orkid tak gemuk juga.tukang jual tahu ajelah kata semua baik,tapi bila guna, tang tu juga.saya bercadang nak guna brand yang tuan gunakan iaitu BMG,tapi dah cari kat johor bahru tak jumpa.boleh tolong carikan no tel syarikat itu atau tolong belikan.no tel saya 0137488442 jamal.terima kasih
tuan,boleh ke berikan no tel syarikat baja BMG tu,sebab saya cari kat johor bahru tak jumpa,atau kalau susah sangat minta tuan belika ndan pos.belanja pos saya bayar
Saya ada membeli baja di Tanjong Karang. Tapi namanya kalau tak silap adalah Baja Organik Ceng Mikrob. Pengasas Baja Organik Ceng Microb adalah seorang bekas pegawai pertanian di Jabatan Pertanian Tanjong Karang. Sekarang beliau ada menjual melalui internet.
www.belibaja.com
boleh sy tahu mcm mana nak pergi ke ladang okid di kulim tu? tk
Post a Comment