Tuesday, May 05, 2009

Mokara: Mengingati permulaan



Inilah antara orkid pertama yang saya beli semasa memulakan hobi orkid pada tahun 2006.

Saya memulakan 'penggemaran orkid' dengan orkid jenis dendrobium dan mokara. Orkid dendrobium dan mokara ialah antara orkid yang paling robust dan lasak; tidak perlu dimanjakan sangat serta tidak memerlukan perhatian yang berlebihan.

Dendrobium dan mokara sesuai untuk penggemar orkid yang baru merintis denai orkid, kerana pada peringkat awal seseorang itu belum lagi mahir dengan teknik serta taktik menjaga orkid. Boleh ikut kelapangan, hendak jirus boleh jirus dua hari sekali, manakala untuk membajai jauh sekali. Tunggu tenguk bunga sahaja!

Orkid ini kami beli dari sebuah nurseri orkid di Mantin.

Nostalgic juga gambar ini...

6 comments:

. said...

Rasanya ini bukan Dendrobium ni tuan... Mokara sebetulnya.

Anonymous said...

Saya merupakan orang yang baru berjinak2 untuk menanam orkid. Seronok dapat ke blog saudara imran

Imran Yusuf said...

Sdr "."

Terima kasih kerana memberikan maklumat.

Saya akan perbetulkan judul dan entri ini.

Imran Yusuf said...

Sdr Kunang-kunang,

Selamat datang.

Sekiranya maklumat di blog ini belum memadai, dipersilakan berkunjung ke blog rakan-rakan penggemar orkid yang lain, yang telah saya link di sisipan sebelah kanan blog ini.
:)

Laili said...

Salam En. Imran...Saya baru juga berjinak menanam orkid bermula pada bulan 6 tahun lepas...saya nak tanya tuan... orkid yang pertama saya beli belum pernah berbunga selepas bunga pertama gugur... 4 pohon smuanya...2 tlh mati...2 masih hidup...kini say mempunyai lebih 20 pohon pelbagai jenis orkid...bolehkah tuan memberi tips untuk saya berusaha agar orkid saya kembali berbunga... saya telah menukar baja bunga beberapa kali namun masih juga tak berbunga..pokoknya subur menghijau tapi akarnya sedikit....Laili

Imran Yusuf said...

Alaikumsalam Cik Puan Laili,

Ada beberapa faktor membolehkan orkid berbunga.

Ia memerlukan nutrien yang membolehkan ia berbunga. Nutrien orkid ialah air, baja, udara serta cahaya matahari yang cukup.

Nutrien yang terlalu kurang atau terlalu lebih boleh menjadikan orkid tidak berbunga.

Ada juga penggemar orkid yang membiarkan orkid tanpa air atau untuk beberapa lama, dengan harapan kononnya orkid akan 'menyangka' ia akan mati, maka ia pun mengeluarkan bunga buat 'kali terakhir'. Apabila berbunga, barulah orkid itu disiram.

Sekiranya orkid itu masih juga tidak berbunga setelah diberi air, baja, udara dan cahaya matahari secukupnya, maka besar kemungkinan orkid itu sudah hampir ke penghujung hayatnya.

Oleh yang demikian apabila membeli orkid, belilah orkid yang baru. Boleh jadi ia mahal sedikit, tetapi memang berbaloi.

Elakkan beli orkid yang harganya 'terlalu murah' kerana kalau beli juga, kita mungkin terbeli orkid yang sudah menghampiri hari tarikh luputnya.