Wednesday, May 20, 2009

Cattleya kecil putih purple



Cattleya ini berbunga lagi. Kecil sahaja bunganya tetapi harum semerbak setelah bunga itu mekar selama beberapa hari.

Sehelai daripada daun kelihatan telah dipotong, kerana telah menjadi hitam akibat penyakit kulat setelah hujan renyai.

Inilah tip yang boleh dikongsi bersama: pertama, apabila hujan turun renyai-renyai, eloklah kita jirus dengan air bersih bagi mengelakkan daunnya menjadi hitam akibat terkena asid atau ditumbuhi kulat; dan kedua sebaik sahaja kelihatan sebahagian daripada daun menjadi hitam akibat serangan penyakit, jangan potong kesemua daun itu, tetapi potong bahagian yang hitam itu, semoga daun itu selamat kelak dan masih boleh berguna meneruskan proses fotosintesis untuk kebaikan orkid itu.

2 comments:

Kunang-Kunang said...

Tahniah kerana berjaya membungakan cattleya. Saya juga sedang berusaha membungakan cattleya saya. Mudah-mudahan saya berjaya seperti saudara imran.

Imran Yusuf said...

Kak Hanim,

Siramlah dua kali seminggu dengan dengan air larutan baja bunga. Baja tersebut boleh didapati di kedai atau nurseri orkid.

Selamat mencuba..!