Showing posts with label Orkid. Show all posts
Showing posts with label Orkid. Show all posts

Friday, January 02, 2009

Orkid tahun lalu kelihatan menarik di tahun 2009



Gambar ini diambil pada tahun lalu, akan tetapi saya baru masukkan entri ini pada tahun ini.

Saya dapati gambar orkid ini menarik, tetapi sayangnya saya tidak menandakan dengan label pasu orkid ini. Jadi saya sudah tidak tahu pokok yang mana yang mengeluarkan bunga ini...

Thursday, December 13, 2007

Hobi Orkid 'Berfasa'?




Setiap orang memulai hobi meminati orkid akan mengalami suatu proses perubahan.

Perubahan yang maksudkan ialah dari segi perjalanan sikap, tindakan serta aktiviti yang melibatkan orkid. Saya kata begini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Saya sudah lama gemar kepada orkid, tetapi sekadar gemar melihat gambar orkid. Saya pun pernah berbual-bual dengan isteri saya mengenai orkid.

Pada suatu hari isteri saya menemani kawannya ke nurseri orkid di Mantin. Dia membeli beberapa pasu orkid. Saya gembira melihat orkid itu.

Sejak itulah hobi orkid kami bermula.

Kami telah mengunjungi beberapa nurseri orkid di sekitar Lembah Kelang dan Negri Sembilan. Kemudian kami melalui 'proses kumpul' orkid. Ya,. beli dan beli lagi.

Bila dah penuh pasu-pasu orkid di depan rumah teres kami yang terhad itu mulalah memikirkan tentang menaiktaraf beranda kepada pondok orkid.

Kami mengupah tukang kayu untuk memasang beberapa kayu 'broti' dan plastik hitam supaya orkid tidak kena sinaran direct cahaya mentari.

Siap saja 'pondok' orkid itu kami pasang paku dan membeli dawai untuk menggantungkan pasu-pasu bunga.

Bila ada orkid yag dibeli bercambah, kami semai dalam pasu lain. Selepas minat orkid, kami mula diversify. Suatu hari semasa ke Janda Baik saya singgah di tepi jalan untuk memungut orkid liar yang tumbuh di tebing jalan raya.

Apabila mengunjungi pak cik saya di Maran Pahang, beliau telah memberikan pokok langsuir yang tumbuh rendah di dahan pokok durian.

Beberapa hari lepas saya telah memungut beberapa pokok periuk kera dari tepi sebuah lebuhraya.

Saya percaya pengalaman saya ini tidak unik, kerana tentunya ada penggemar orkid yang mengalami perkara yang sama.

(...bersambung...)