Saturday, October 31, 2009

Lagi-Lagi Orkid Merpati..



Selepas Hari Raya Idilfitri kad SD kamera digital saya diserang virus yang bernama Nadia Saphira.

Indah nama virus itu tetapi kesan terhadap kad SD kamera saya tidaklah seindah namanya!

Namun bukan boleh dijadikan alasan untuk tidak mengemas kini blog ini.

Namun rasa kecewa akibat serangan virus lebih terasa semalam apabila saya melihat Orkid Merpati saya berkembang, memutih dan segar mewangi.

Namun saya masih ada gambar yang pernah diambil dahulu.

Oleh itu saya paparkan di sini sempena entri pertama selepas Hari Raya Idlfitri 1430 Hijrah!

7 comments:

Kamsiah yusoff said...

salam
saya masih belum ada variasi ni...

Kunang-Kunang said...

Cantik, lebatnya bunga dia.

Matt Kopikarat said...

Salam semua..sy Deen dari Pasir Mas. Cantik orkid tu. Sy minat orkid tp melalui lukisan. Silalah lawati blog sy untuk melihat lukisan cat minyak terkini mengenai orkid..selamat berkenalan.

Deen

Matt Kopikarat said...

Salam seme..sy Deen dr Pasir Mas, Kelate. Oooo...cantik orkid tu..sy juga peminat orkid tp melalui lukisan. Senang2 layari blog sy untuk melukis lukisan cat minyak orkid..salam perkenalan ya!

Deen

Hijau Dedaunan said...

Salam, saya baru tnm okid nie harap2 boleh berbunga mcm sdra imran punyer...agak2 brapa lama boleh berbunga

Imran Yusuf said...

Salam sejahtera para pembaca yang budiman,

Cik Puan Kamsiah, sekiranya mahu keratan orkid merpati saya boleh berikan.

Kak Hanim, memang cantik ketika ia berbunga lebat.

Sdr My Homestay, selamat datang dan selamat berkenalan.

Sdr Hijau Dedaunan, sekiranya dibaja dan mendapat baja sinaran mentari yang cukup, orkid merpati dapat berbunga beberapa kali setahun.

nora elisha said...

salam,
Penggemar orkid malaysia.

Ibu saya peminat orkid. Dan sekarang beliau sedang mencari orkid merpati nie. Dimanakah boleh saya membeli anak pokok nyer dan pelbagai anak pokok orkid yang lain?