Friday, May 22, 2009

Orkid Merpati Putih Berbunga

Baru dua hari lepas saya berbicara tentang Orkid Merpati yang saya tunggu-tunngu waktunya berbunga.

Rupa-rupanya hari ini bunga-bunga Orkid Merpati itu berkembang mekar dan memutih.

Indah dan cantik, senang mata memandang. Lihatlah...!



8 comments:

ilham said...

minat sangat merpati putih...cari sampai nursery kat mantin... boleh beli sikit tak

Imran Yusuf said...

Sdr Vios8106,

Orkid merpati tidak dijual di nurseri, kerana orkid jenis ini boleh didapati tumbuh meliar di pokok-pokok.

Sekiranya berminat dan sudi datang ke Serdang, saya boleh tunjukkan tempat yang boleh Sdr ambil orkid itu.

ilham said...

alhamdulillah, tqs 2 imran & wife maryam dapat juga saya orkid merpati putih yg saya cari2. petang tadi saya gantungkan orkid2 favorite 2 kat pagar rumah. mudah2an insyaAllah berbunga lah orkid merpati itu hendaknya. saya amat tersentuh dgn sikap keperihatinan kedua suami ister imran & maryam semoga Allah memberi seribu keberkatan didalam kehidupan pasangan yg ikhlas ni...Amiiin

Imran Yusuf said...

Sdr Vios8106,

Kami gembira menolong Sdr Vios8106 mendapatkan orkid merpati itu.

Semoga ia tumbuh subur dan merimbun hendaknya...

ShalbySalbina said...

Saya pun ada koleksi pokok ni. Orkid ke ni? Selama ini saya memanggilnya pokok Anggerik, pokok ni saya hanya jumpa terjatuh apabila ada dahan yang ditumpangnya serkah so saya bawa pulang. Tak adalah menarik sangat...bunganya kecil dan berwarna putih...

Imran Yusuf said...

Sdr ShalbySalbina,

Anggerik pun orkid juga, sekiranya kita mengambil kira definisi dari Kamus Dewan, iaitu anggerik ialah tumbuhan dari famili Orchidaceae, iaitu famili Orkid.

Bunganya berbau harum, tetapi kecil sahaja.

Tapi saya percaya ada juga kalangan penggemar orkid yang meminati orkid merpati ini.

Unknown said...

salam.saya sedang membina taman from scratch-tanah hutan belukar.berminat ttg orkid yg tmbuh tinggi utk tepian pagar.any info?name of orchid,type,dimana leh beli n ragam hidupnya.any photos?

Imran Yusuf said...

Sdr Masitah,

Tanah hutan belukar memang sesuai sangat sesuai untuk ditanam orkid.

Untuk tepian pagar, ada beberapa jenis orkid yang sesuai. Antaranya jenis dendrobium, jenis orkid 'kelapa sawit,' orkid merpati putih pun sesuai juga.

Lagi bagus cuba teknik 'trial and error' sahaja. Tanam apa saja yang terlintas di hati. Kalau tidak sesuai pun, boleh sahaja diganti dengan yang lain. Pengalaman mengajar kita mendapat teknik dan strategi yang terbaik.

Selamat mencuba..!!!