Wednesday, June 25, 2008
Ujian tanam orkid
Setelah berlalu masa selama beberapa tahun, saya telah kurangkan kunjungan ke nursery orkid dan gerai serta pameran orkid. Dengan lain perkataan sudah melepasi fasa 'beli dan beli lagi' dan telah memasuki fasa 'jaga dan uji' pula.
Biasanya yang dijadikan bahan ujian ialah orkid dari spesis liar dan batang orkid lama yang baru bertunas.
Orkid yang saya ambil dari atas pokok berdekatan dengan rumah saya masukkan ke dalam raga kayu, tunas baru jenis dendrobium pula saya letak di dalam 'kontena' yang diperbuat daripada buah kelapa yang ditebuk di bahagian atasnya.
Selain daripada itu ada juga orkid liar yang saya ikatkan di sebatang keratan dahan pokok yang telah dilekatkan dengan moss yang lazim digunakan untuk menanam orkid jenis butterfly.
Setakat ini saya dapati orkid liar yang dibiarkan tumbuh di dalam raga kayu dan yang dilekatkan di keratan dahan kayu tumbuh agak subur. Akan tetapi orkid dendrobium yang ditanam dalam kelapa kurang subur, walau pun kerap saya siram dengan air basuhan beras dan air darah ikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Dendrobium ni memang MENYUSAHKAN! Dia ni, "hit & miss". Cuba you perhatikan dikebanyakan nursery - kubur orkid mereka penuh dengan batang2 dendrobium. Sebab apa? KERANA, hanya dendrobium yang menunjukkan potensi bertunas dengan sihat akan diselamatkan dan dikembalikan ke tapak semaian. Peratusan kecil ni lah yang "hit". Yang selainnya dianggap sebagai "miss" dan akan dibiarkan mampus secara semulajadi. Jauh lebih murah dan cepat menyara dan membiak dendrobium dari flask. Fikirlah, seandainya dendrobium hybrid ni senang bertunas dan membiak, dah lama kekerapan "turnover" dia pupus. Tetapi, realitinya, dendrobium terpaksa silih berganti sepanjang masa sehingga boleh menjadi sebuah industri yang stabil. Saya syak dan percaya bahawa pengklonan lah yang menyebabkan sifat dendrobium berjangka hayat mengecut.
Sdr Anonymous,
Terima kasih kerana memberi pandangan yang bernas.
Saya percaya komen anda ada kebenarannya.
Cumanya dendrobium ini tidak mahal, jadi kalau pokoknya mati pun, kita tidak rugi besar.
Sebab tu lah dia ni jadi industri. "Turnover" yang kerap.
saudara alang bidara. saya amat sukakan blog anda. sudilah kiranya anda melawati http://www.fadzroul.blogspot.com ataupun http://www.fadzroul.com terima kasih.
Post a Comment