Tuesday, January 01, 2008
Kebun orkid saya yang sering "berubah wajah"
Sejak saya mula berminat dengan orkid, bahagian hadapan rumah teres saya sentiasa 'berubah wajah' dan tidak pernah kekal lama susun-aturnya.
Manakan hendak kekal sekejap-sekejap ada tambahan. Hari ini disusun begini. Esok susun begitu. Minggu depan tambah pula satu pasu orkid baru yang di beli dari nurseri.
Pantang ada kelapangan di hujung minggu atau cuti umum, kami akan berkunjung ke nurseri atau pusat pamiran orkid. Kalau tidak beli sepasu dua orkid pun, ada sahaja peralatan atau 'aksesori' untuk orkid atau yang berkaitan dengan penjagaan orkid dibeli.
Ada pasu plastik, isteri saya tebuk lubang buat pasu cattleya. Lepas itu beliau buat raga kayu untuk diletakkan vanda. Kadang-kala saya pula yang memanjat pokok untuk mengambil orkid liar.
Alih pasu, gantung pasu, tukar pasu, bersihkan kawasan orkid. Memang ada sahaja 'alasan' yang digunakan untuk orkid.
Saya perlu selalu ambil gambar kawasan kebun saya setiap kali ada perubahan ketara pada susunan pasu-pasu dan raga yang bergantungan.
Begitulah 'kegiatan orkid' kami suami isteri.
Labels:
Kebun orkid,
Orchid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
cantik betul orkid2 alang tu..blh tak konsi tips2 penjagaan orkid
Selalu letak baja..atau siram dengan air basuhan beras atau aiar basuhan ikan...
nk tayer,,elok tk gantung orkid didahan pokok pelam,sebeb saya tgk dibawah pohan mempelam tu redup jer,maknanya tk kena cahaya matahari dyret.
Kalau nak gantung di bawah pokok mempelam boleh sahaja, tetapi tentukan cahaya mentari terkena orkid itu. Redu tidak menegapa asalkan ia mendapat sedikit cahaya mentari.
Cahaya mentari salah satu unsur penting untuk penumbuhan orkid.
boleh tak saudara terangkan disini bagaimana hendak membuat raga kayu.
Sdri Ratenawati,
Percaya atau tidak, sebenarnya isteri saya yang membuat raga kayu itu. Tetapi saya boleh ceritakan sebegai orang yang memerhati. Beliau buat begini:
(1) Dia beli kayu dari jenis yang sudah dipotong di kedai hardware;
(2) Kemudian dia potong kayu mengikut saiz raga yang dikehendaki/
(3) Dia ambil 4 batang kayu yang sudah dipotong dan dipaku menjadi bentuk empat segi. Paku yang diguna ialah yang paku halus 2-3 cm uspaya kayu tidak pecah.
(4) Kemudian dia paku potongan kayu yamh lain sehingga menjadi bentuk raga empat segi.
(5) Dia ikat raga dengan dawai di 3 atau 4 sudut raga.
(6) Setelah siap, bolehlah diletakkan arang atau bata, dan biasanya raga kayu sesuai dengan orkid jenis vanda.
Selamat mencuba.
Menarik juga Blog saudara ini.. memang fokus tentang orkid..Byk tips yg saya dpt belajar... boleh la saya letakkan link Blog ini di Blog saya..
Senang2 berkunjunglah ke Blog saya.
www.fazlisyam.com
Post a Comment