Sunday, September 03, 2006
Penjagaan Orkid
Seorang pengunjung blog ini telah bertanya tentang orkidnya yang berkemungkinan dijangkiti penyakit apabila daunnya menjadi kekuningan dan ada bintik-bintik hitam, jadi adakah ini kulat?
Susah nak saya ceritakan selain mengaku saya masih baru dalam bidang 'menggemari orkid' ini, tetapi saya cadangkan pembaca berkenaan membaca laman web Jabatan Pertanian di link:
http://agrolink.moa.my/pqnet/kwln/perosak_orkid.htm
Selain itu juga saya ada juga baca bahawa tanaman orkid ini penjagaan tidaklah susah sangat selagi kita menempatkan ia di tempat yang mendapat cahaya mentari yang cukup, juga air, suhu bilik dengan pengaliran udara yang baik.
Juga diberi baja yang secukupnya iaitu baja daun dan baja bunga, maka insya Allah akan elok dan suburlah pokok orkid kita. Orkid jenis tumbuh di tanah perlu di tanam dalam pasu yang diisi dengan tanah yang sesuai.
Manakala yang jenis epiphyte (yang menumpang di pokok lain) perlu ditanam di dalam pasu yang diisi dengan arang, serbuk kayu serta sabut kepala sawit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Asalamualaikum..........saya zaharah ingin bertanya tentang pokok orkkid saya .ia selalu mengeluarkan putik bunga tetapi belum sempat membesar putik bunga tu dah kering. ini membuatkan saya sangat kecewa. saya harap tuan dapat memberi tujuk ajar dan nasihat bagi mengatasi masalah ini,sekian terima kasih
Alaikum salam Cik Puan Zaharah, Semoga Allah melimpahkan kesejahteraan untuk cik puan dan keluarga. Terima kasih kerana sudi bertanya.
Untuk tumbuh subur, orkid memerlukan 5 perkara asas, yakni air, nutrien(baja), pengudaraan yang baik, cahaya mentari yang mencukupi dan suhu yang sesuai. Selain itu juga persekitaran yang bebas dari musuh, seperti kulat, serangga dan penyakit.
Melihat masalah putik bunga kering orkid cik puan ini dari sudut lima keperluan di atas, cuba cik puan ubah keadaan agar berbeza dari yang sekarang.
Misalnya, cuba ubah posisi supaya ia mendapat udara yang lebih. Jika kini terlalu panas, cuba letak rkid itu di tempat yang redup sedikit, yakni 50% cahaya mentari.
Sekiranya terlalu kerap dibaja, kurangkan pembajaan. Siram sekali atau dua sehari sahaja.
Periksa bahagian bawah daun. Sekiranya ada tanda kulat atau serangga, buang ulat atau serangga itu, serta sembur ubat anti serangga dan anti kulat.
Cik puan juga boleh periksa arang, bata atau tanah dalam pasu orkid itu. Sekiranya ada tanda-tanda penyakit, tukarkan medium itu.
Akhir sekali, sekiranya di tempat cik puan ada klinik orkid (selalunya di nurseri orkid yang besar-besar ada khidmat nasihat) bawa orkid itu ke klinik orkid.
Semoga terus berminat dengan orkid.
Assalamualaikum..........Terima kasih diatas nasihat tuan. Mudah mudahan Allah sentiasa memberkati tuan dan keluarga.wasallam
Masalah kakak bunga orkid kakak daun nya byk yang gugur tinggal batang nya sahaja tetapi tetap berbungga,saya harap tuan dpt memberi cara2 utk mengatasi masalah ini sekian trima ksih.
Hai saya Puan Sapati ingin bertanya masalah bunga orkid saya yg daunnya gugur sehingga tinggal batang nya sahaja tetapi tetap berbunga.Harapan saya tuan akan memberi nasihat utk mengatasi masalah saya ni,sekian terima kasih.
Puan Sapati,
Terima kasih kerana bertanya. Saya belum pernah mengalami masalah ini. Jadi cadangan yang saya akan berikan ini hanya berdasarkan pembacaan saya di laman dan blog orkid yang lain.
Oleh sebab orkid puan masih mengeluarkan bunga, maka masih ada harapan untuk puan menyelamatkan orkid itu.
Masalahnya hanya dengan daun.
Oleh itu saya cadangkan puan tukarkan medium, yakni arang, serpihan batu bata atau tanah yang puan gunakan untuk orkid itu pada masa ini.
Juga,cuba gunakan baja organik supaya daun tumbuh dan pada masa yang sama dapat melindungi daun dari diserang penyakit.
Terdapat pelbagai baja organik di pasaran. Saya pernah gunakan baja organik jenama BMG.
Dalam blog ini pun ada diberitahu baja organik yang baik:
http://minatorkid.blogspot.com/2009/02/baja-untuk-orkid.html
Selamat mencuba.
Post a Comment