Saturday, October 29, 2011

Triang Botanical Valley



Triang Botanical Valley atau TBV, begitulah nama pusat pemeliharaan tumbuhan persendirian, khususnya orkid, yang terletak berhampiran pekan Triang.

Triang adalah sebuah pekan kecil di Pahang yang terletak lebih kurang 160 kilometer dari Kuala Lumpur.

TBV dibangunkan dengan tekunnya oleh seorang penggemar orkid, Tuan Khairi Nordin. Beliau telah lama bergiat dalam bidang pemeliharaan orkid sehingga beliau telah menerbitkan buku mengenai penjagaan orkid yang berjudul 'Variasi Teknik Menanam dan Menjaga Orkid.'

Maklumat mengenai TBV boleh dibaca di blog beliau DI SINI.

3 comments:

. said...

Terima kasih Tuan Imran atas 'coverage' pasal TBV di blog...ada rezeki mungkin kita boleh berjumpa..mungkin boleh bercerita pasal dunia penulisan... :)

Imran Yusuf said...

Tuan Kairi,

Memang saya bercadang untuk melawat ke Triang dan singgah di TBV.

Tentunya saya perlu membuat temu janji dengan tuan untuk memastikan tuan ada di TBV pada ketika itu....

. said...

Ye tuan..

Perlu buat temu janji sebab saya bekerja di Shah Alam...2 minggu sekali baru berada di TBV...