Sunday, October 15, 2006
Bunga Orkid Liar tidak tahan lama
Sejenis pokok seakan-akan orkid saya temui di tepi sebuah sungai di Ulu Bendul dan telah berbunga. Kalau dilihat rupa dan ciri-ciri yang ada pada tumbuhan itu dia seperti satu spesis orkid.
Sejenis lagi yang di gambarkan di sini orkid ini saya ambil dari atas pokok tinggi berhampiran rumah saya. Bunganya berwarna putih dan berbau haraum tetapi bunganya kembang tidak lama. Sehari atau dua hari sahaja, lepas itu layu dan gugur dari tangkainya.
Bunga orkid liar memang tidak tahan lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
ass'kum,orkid yg berwarna putih tu dikenali sbg dendrobrium crumenatum. gambar satu lagi,saya tak pasti sama ada orkid atau bukan
Wa'alaikumussalam,
Terima kasih Sdr Abiom kerana sudi memberi maklumat mengenai orkid putih itu.
Orkid itu jenis liar yang tumbuh dengan banyaknya di atas pokok-pokok berdekatan rumah saya.
Saya beru sahaja berkecimpung di bidang meminati orkid ini. Banyak yang perlu saya pelajari.
Saya pernah tanam pokok orkid putih tu. Baunya memang wangi!
Salam Edul Fitri.
orkid hutan :)
.... sy gila gak dgn orkid utan ni, sampai la masuk2 hutan mencari orkid nih ... tp mmg betul kalau tak betul2 memahami ttg perangai dan habitat orkid hutan ni susah gak la nak tgk dia hiduo lama ....
Tuan Peladang, tentunya bila ke hutan untuk mengambil orkid ada pantang larangnya.. Bolehkah berkongsi pengalaman tentag orkid hutan ini??
sy cuma amalkan 4 Qul sahaja wahai alang bidara :)
Post a Comment