Friday, April 27, 2007

Kembanglah Wahai Bungaku



Kembanglah kau wahai bunga orkid
hiasi tamanku dengan warnamu yang indah
dan kewangian bau mu yang harum
wahai bunga orkid di tamanku.

Friday, April 20, 2007

Menanti Orkid Berbunga











Sudah sebegitu lama orkidku menghijau
tetapi sepi tanpa bunga
kini telah tumbuh beberapa kuntum
kembang indah menawan hati

Aduhai tumbuhlah wahai orkidku
ku sabar menanti dan menunggu
keindahanmu mengubat rindu
warnamu cantik penawar duka.

Saturday, February 03, 2007

Astaka Orkid




Apabila dibuat para bolehlah digantung pasu-pasu bunga orkid dan lain-lain bunga serta tumbuh-tumbuhan perhiasan yang menghiasi astaka flora itu.

Jika diletak paku-pakis Tanduk Rusa, astaka akan kelihatan cantik dan menawan bila orkid 'temani' sebegitu.

Thursday, January 18, 2007

Orkid Yang Bergantungan (2)



Apabila beberapa pasu orkid kelihatan terkena penyakit 'daun lembik' dan 'kehitaman' saya mengagak ini adalah akibat masalah tanah atau akar.

Maka saya telah mengeluarkan pokok-pokok itu daripada pasu dan meletakkannya ke dalam raga kayu yang dibuat khas oleh isteri saya.

Akarnya di basuh dan orkid itu dimasukkan ke adalam raga kayu bersama arang dan pecahan dari serpihan batu-bata.

Raga-raga kayu itu digantung supaya orkid-orkid itu mendapat aliran udara yang bebas dan arang itu pula akan mengelakkan medium penanaman menjadi terlalu lembab.

Ternyata orkid-orkid jenis Cattleya dan Vanda saya menjadi subur. Daun dan batangnya hijau berkilat. Tunas-tunas baru banyak yang tumbuh.

Melihat kejayaan itu saya pun menukarkan kepada penggunaan lebih banyak raga.

Lagipun raga kayu ini ringan dan memberikan aliran udara secukupnya untuk orkid-orkid.

Tuesday, January 02, 2007

Orkid Pandan (Serai) Yang Cantik




Walau berapa kali pun memandang orkid ini, hati saya tidak akan puas melihatnya.

Warnanya yang cantik dan rupanya yang menarik membuatkan mata tidak jemi memandang dan hati akan sentiasa gembira melihat bunganya.

Itulah keindahan orkid pandan (orkid serai).

Friday, December 29, 2006

Ini Bunga Orkid?



Bunga orkidkah ini?

Oh, bukan. Ini bukan bunga orkid.

Blogger mengucapkan selamat Hrai Raya Qurban kepada pengunjung semua.

Saturday, December 23, 2006

Orkid Tg Agas Lagi




Sebagai penutup tirai blogging bagi tahun 2006, saya suka menunjukkan lagi sekali gambar orkid kawan kami di Tanjung Agas, Negri Sembilan.

Saya suka ke taman mereka ini kerana mereka rajin dan keindahan taman yang disusun rapi bagi menghasilkan sesuatu yang sedap mata memandang.

Wajarlah gambar-gambar sebahagian daripada koleksi orkid mereka menghiasi blog saya ini.

Tuesday, December 05, 2006

Vanda yang "Bergantungan"




Akibat tertarik dengan gaya penumbuhan orkid jenis vanda yang tidak memerlukan medium tanah, arang atau batu-bata, saya telah pindahkan orkid-orkid saya ke tempat 'pergantungan'.

Secara tidak langsung saya telah kosongkan pasu-pasu itu untuk orkid-orkid yang baru.

Semoga orkid-orkid yang digantung itu tidak mati dipergantungan...