Wednesday, November 28, 2007
Vanda Ungu Berbintik-bintik
Vanda yang berwarna ungu ini sudah hampir kembang sepenuhnya.
Kami membelinya dari Serendah dahulu dan ketika itu kami tidak tahu warna bunganya. Orkid kesayangan isteri saya ini telah beberapa kali berbunga.
Tentunya vanda ini dari benih yang baik.
Tuesday, November 27, 2007
Vanda Kuning
Vanda kuning yang saya tanam di sebuah raga kayu telah mula berkembang bunganya.
Kelihatan di sini masih belum kembang sepenuhnya, tetapi saya tidak sabar menantinya kembang sepenuhnya.
Lalu saya post gambar itu di sini.
Monday, November 26, 2007
Orkid "Kelapa Sawit"
Orkid jenis ini digelar orkid "kelapa sawit" kerana rupanya seperti anak pokok kelapa sawit.
Bunganya yang berwarna ungu itu kecil sahaja saiznya tetapi indah dan menarik dipandang mata serta tahan berminggu-minggu lamanya.
Penjagaannya tidak susah sangat kerana ia tumbuh di atas tanah dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti orkid lain, contohnya Cattleya.
Sunday, November 25, 2007
Orkid Amerika Selatan Yang Kontroversial
(Source: http://electricorchid.blogspot.com): Pada tahun 2002, seorang warga Amerika yang bernama Michael Kovach yang berkunjung ke Peru telah membeli tiga pasu orkid liar dari penjual tempatan yang menjual tumbuh-tumbuhan hutan.
Oleh kerana dia belum pernah melihat orkid itu, dia menyangka orkid itu dari jenis yang belum diberi nama dalam mana-mana katalog orkid dunia.
Mungkin kerana ingin mengabadikan namanya dalam katalog orkid dan menjadi terkenal seluruh dunia -- nama penemu orkid akan diabadikan dalam nama orkid itu ke dalam katalog -- dia berusaha menghubungi pihak yang bertanggung jawab dalam proses penamaan orkid.
Walau bagaimana pun, setelah berbagai usaha dijalankan, barulah disedari bahawa suatu peraturan konvension yang dipanggil CITES, melarang pemindahan spesis tumbuhan atau binatang melintasi sempadan negara asal spesis tersebut.
Maka nama orkid itu, Phragmipedium kovachii, mengambil sempena nama penemunya, akhirnya memberi nama yang tidak berapa baik kesannya akibat peraturan CITES yang dilanggari oleh penemunya.
Cerita lanjut mengenai kisah menarik ini boleh dibaca di SINI.
Tuesday, November 20, 2007
Orkid dari Cameron Highlands
Kedua-dua orkid ini kami beli di Cameron Highlands, semasa kami bercuti di suatu hujung minggu.
Lama juga menunggu barulah ia berbunga. Itu baru satu pasu. Yang dalam pasu satu lagi cuma lebat daunnya sahaja. Bunganya belum juga dapat dilihat!
Kebun Orkid dan Baby Butterfly
Inilah kebun orkid saya yang tidak begitu tersusun, kerana masih belajar mengenai perhiasan taman.
Insya Allah saya akan susun atur sedikit demi sedikit, melalui kajian dan pembelajaran saya yang berterusan.
Anak pokok orkid ini ialah dari jenis butterfly, benihnya saya beli dari Hexagon Green. Benih itu didapati melalui proses cell culture. Khabarnya orkid yang tumbuh begini memakan masa yang lama sebelum membesar, tetapi benihnya dari baka yang bagus.
Friday, November 16, 2007
Bunga Orkid Kuning
Tidak syak lagi bunga orkid yan berwarna kuning memang indah dan menarik hati.
Malah yang tidak betul-betul kuning, tetapi hanya ada unsur kuning pun saya suka.
Orkid Kuning
Ketika ini warna kuning kerap dibicarakan.
Jadi saya juga ingin melihat minat orkid saya dari sudut warna kuning. Sesungguhnya bunga orkid yang berwarna kuning tidakkurang menariknya dari bunga orkid yang berwarna ungu, merah atau putih.
Malah saya sendiri mengakui amat terpesona dengan orkid yang berwarna kuning.
Thursday, November 01, 2007
Orkid kurus berbunga lagi
Ada kawan isteri saya yang mengatakan pokok orkid di "taman orkid saya" kebanyakannya kurus-kurus belaka.
Tetapi beberapa minggu ini ada saja bunga yang berkembang di pokok-pokok yang kurus itu.
Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)