Saturday, November 25, 2006
Kesesakan Trafik ke MAHA 2006
Kesesakan trafik begitu dirasakan pada hari Sabtu, 25 November 2006 di lebuhraya KL-Seremban sejak dari selepas plaza tol PLUS Sg Besi sehingga ke exit UPM dan exit Kajang, sejak dari tengah hari lagi.
Adalah dipercayai kesesakan ini berpunca daripada ramai warga-kota yang ingin pulang ke kampung di selatan tanah air serta ramai orang dari Lembah Kelang dan dari seluruh negara yang ingin berkunjung ke pameran MAHA 2006.
Ada kenalan yang menceritakan ada di antara pengunjung yang terpaksa berjalan sejauh lebih 1 kilometer daripada tempat letak kereta ke tempat pameran.
Begitu meriah dan hebat sekali sambutan orang ramai kepada pamiran pertanian, kerana sesungguhnya ekspo ini mendapat liputan meluas dari media eletronik dan media cetak, dan juga kerana pertanian memang sesuatu yang dekat di hati rakyat negara ini.
Walaupun ada yang merungut kerana kesusahan dari kesesakan trafik ini, namun saya percaya tidak kurang juga yang begitu bersemangat melihat pameran ini, sehinggakan segala susah payah dan penat lelah itu berbaloi dangan apa yang mereka saksikan di MAHA 2006.
Kepada sesiapa yang belum lagi ke sana, silalah pergi, insya Allah anda tidak menyesal. Kalau nak lihat peta atau hendak tahu butiran lanjut bolehlah berkunjung ke laman web MAHA di:
http://www.mahaexpo.com/
Selamat berkunjung ke sana serta selamat melihat orkid dan membeli orkid.
Wednesday, November 22, 2006
MAHA 2006 Di Mardi Serdang
Sesiapa sahaja yang berkunjung ke pameran MAHA 2006 (Malaysia Agriculture & Horticulture Agrotourism) yang di adakan di MARDI, Serdang akan terpesona dengan keindahan berbagai tumbuhan yang dipamerkan di sana.
Saya suka berkunjung ke gerai yang mempamerkan berbagai herba dan kita dapat membeli pokok-pokok herba itu. Pernahkah anda mendengar nama-nama herba seperti Cekur Emas, Tebu Badak atau pun Keladi Tikus?
Sudahkah anda melihat orkid jenis Vanda yang berwarna biru yang hanya diletakkan di dalam pasu kecil tanpa tanah, sabut atau arang - hanya akarnya yang berjuntai menyedut segala nutrien dari udara?
Isteri saya begitu seronok sehingga beliau pergi ke sana sampai dua kali, dan mungkin kali ketiga akan menyusul.
Anda hendak beli orkid, buku panduan orkid, tumbuhan lain atau berbagai produk pertanian?
Silalah ke MAHA2006 yang masih ada di MARDI Serdang kerana masih ada beberapa hari lagi.
Friday, November 17, 2006
Orkid Sederhana Tetapi Cantik
Pernahkah anda melihat pokok-pokok orkid yang ditanam di atas batas?
Batang pokoknya panjang, tumbuh menegak dan di ikat di tiang kayu serta akar-akarnya melekat di tiang itu.
Ia bukan dari jenis yang mahal, tetapi dari jenis sederhana sahaja.
Walau bagaimana pun ia sungguh cantik dan menarik hati hiasannya.
Bunganya berbagai warna indah dan seronok setiap mata yang memandangnya.
Monday, November 13, 2006
Memindahkan pasu-pasu ke tempat teduh
"Aktiviti orkid" yang paling sesuai di musim hujan begini ialah memindahkan pasu-pasu orkid ke tempat yang teduh agar pokok ini tidak mendapat terlalu banyak air.
Jika selalu ditimpa air hujan, air ini akan mendatang mudarat kepada pokok-pokok orkid ini.
Kami mula memahami beberapa lagi tip-tip penjagaan orkid melalui pengalamn sendiri.
Friday, November 10, 2006
Bunga Orkid Diserang Kulat?
Setelah kami melepasi proses beli, beli dan beli lagi kami dapati beberapa kuntum bunga orkid mengalami 'ketumbuhan' yang berwarna coklat dan kehitaman di kelopak-kelopak bunga.
Adakah ini satu 'wabak' atau sejenis kulat?
Kami lakukan apa yang patut bagi menyelamatkan bunga-bunga kami.
Hanya masa yang akan menertukan.
Monday, November 06, 2006
Orkid Jenis "Butterfly"
Bunga orkid "Butterfly" adalah dari jenis yang agak istimewa.
Mana-mana penggemar orkid tentu merasa kagum dengan tangkainya yang panjang, sedangkan daunnya rapat ke atas tanah atau permukaan pasu.
Bunganya mampu bertahan berminggu-minggu lamanya.
Tetapi selepas ditanam ia mengambil masa yang panjang untuk mengeluarkan bunganya yang pertama.
Tidak hairanlah jika harganya pun agak mahal dari orkid jenis biasa.
Sunday, November 05, 2006
Beberapa Pemandangan di Taman Orkid Antarabangsa Serendah
Untuk ke Taman Orkid Antarabangsa Serendah atau Serendah International Orchid Park dari Kuala Lumpur kita boleh melalui Lebuhraya Plus ke utara dan keluar exit Rawang atau Bukit Beruntung. Kita boleh juga melalui Jalan Kuching dan seterusnya melalui pekan Rawang.
Selepas pekan Sg Choh dan Serendah kita akan menemui Serendah Golf Resort, dan sebaik sahaja selepas itu kita akan nampak papan tanda ke taman orkid ini. Kalau tidak biasa ke situ tentu kita tidak menyangka ianya menuju ke taman orkid.
Jalan ke depan sedikit lagi sehingga kita bertemu papan tanda menunjukkan ke taman orkid itu.
Pemandangan di taman orkid ini agak menarik. Berbagai jenis orkid dipamirkan untuk pengunjung, terutama sekali jenis Cattleya. Sebaik sahaja masuk ke ruangan pamiran Cattleya kita dapat mencium bau harum bunga-bunga orkid jenis Cattleya.
Selain dapat menikmati kecantikan bunga-bunga orkid, pengunjung juga dapat melihat pemandangan indah sekitar bukit berkenaan (taman orkid ini terletak di atas sebuah bukit).
Dapat melihat jalan Serendah - Ipoh, landasan keretapi, tasik dan pemandangan sejauh mata memandang.
Setiap pengunjung yang meminati orkid tentu akan berpuas hati jika berkunjung ke taman orkid ini.
Saturday, November 04, 2006
Taman Orkid Antarabangsa Serendah
Petang sabtu yang baru lalu saya dan isteri saya bertolak dari rumah pada pukul 2.30 petang untuk mengunjungi sebuah taman orkid di Serendah yang diberi nama Taman Orkid Antarabangsa Serendah.
Namun oleh kerana tersilap memilih laluan, iaitu melalui MRR2 dan jalan melalui Templer Park, laluan tersebut sesak, maka hasrat kami tiada kesampaian.
Tujuan kami ke sana bukanlah sangat untuk membeli pokok-pokok orkid berpasu-pasu, tetapi lebih kepada untuk melihat susunan dan hiasan orkid serta cara penampilan pokok-pokok orkid, dengan harapan kami dapat meminjam idea mereka untuk menghiasi dan menyusun taman orkid kami.
Suatu hari lain akan dipilih untuk kami ke sana dan kali ini mungkin akan memilih laluan yang lebih sesuai.
Friday, November 03, 2006
Cattleya Di Rumah Saya
Cattleya bunga orkid yang akan menarik perhatian sesiapa jua yang memandangnya.
Bunganya yang besar dan warna yang indah menawan.
Daun-daunnya yang tebal dan lebar.
Lihat gambarnya ini.
Thursday, November 02, 2006
Sebuah Kisah 'Orkid Outing' di Suatu Petang
Di hujung minggu yang lalu kami berkunjung lagi ke gerai orkid di Jalan Sg Buluh Subang.
Beli beberaa pasu orkid untuk pindahkan pokok-pokok orkid dari pasu yang sudah menjadi kecil kerana orkid-orkid itu telah membesar.
Beli orkid jenis Cattleya tiga pasu, salah satunya berbunya hijau kekuningan.
Balik ke rumah, selepas maghrib sahaja kami mula memindahkan orkid-orkid itu: pasu lama diganti baru, orkid liar dari pokok dipindahkan ke batang kayu jati; dilekat dengan sabut; orkid dibeli dari penjual orang asli di Cameron Highlands juga dilekat ke batang kayu jati..
Bila siap jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Penat juga buat kerja-kerja 'pemindahan orkid' ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)