Tuesday, October 31, 2006
'Orchid Outing' dan Duit Raya
Setelah 'bercuti' selama lebih sebulan kerana meraikan bulan Ramadhan al-Mubaraq dan Hari Raya Idil-Fitri, saya dan isteri saya menyambung semula kegiatan orkid kami.
Sejak dari berkunjung ke rumah kawan isteri saya di Tanjung Agas, Port Dickson; disambung dengan mengutip orkid liar dari dahan pokok durian pak cik saya di Kg Baru Jara, Maran, Pahang, sehinggalah kepada pembelian beberapa pasu pokok orkid di nurseri yang berhampiran Subang Airport, kami begitu semangat sekali melakukannya.
Walaupun badan terasa penat di petang Ahad malam Isnin dan sehinggakan hampir kering tabung duit raya kami (akibat digunakan untuk membeli orkid), aktiviti orkid sedah bermula.
Nantikanlah 'update' laman blog ini yang lebih kerap.
Saturday, October 28, 2006
Orkid Tg Agas Lagi
Di Hari Raya saya dan isteri saya berkunjung ke rumah kawanya di Tg Agas, Port Dickson.
Saya memang suka ke sana kerana di sekeliling rumah mereka ada taman. Taman bunga, taman sayur-sayuran dan taman buah-buahan.
Tidak ketinggalan saya akan rakamkan beberapa keping gambar orkid beliau yang sangat saya sukai.
Friday, October 27, 2006
Selepas Raya, Orkid Outing akan Disambung
Hari Raya baru sahaja berlalu dan dengan demikian, aktiviti berkaitan dengan orkid akan saya sambung semula.
Saya dan isteri sudah merancang-rancang untuk mengadakan 'orchid outing semula.
Telah terbayang di fikiran saya beberapa tempat menarik untuk dikunjungi, seperti Taman Orkid Kuala Lumpur, Kukup, Genting dan beberapa tempat lagi.
Semasa cuti Raya pun saya telah berjaya mendapatkan dua batang kayu yang bakal menjadi tapak penanaman orkid liar dan tempat 'penjalaran' orkid.
Sunday, October 15, 2006
Bunga Orkid Liar tidak tahan lama
Sejenis pokok seakan-akan orkid saya temui di tepi sebuah sungai di Ulu Bendul dan telah berbunga. Kalau dilihat rupa dan ciri-ciri yang ada pada tumbuhan itu dia seperti satu spesis orkid.
Sejenis lagi yang di gambarkan di sini orkid ini saya ambil dari atas pokok tinggi berhampiran rumah saya. Bunganya berwarna putih dan berbau haraum tetapi bunganya kembang tidak lama. Sehari atau dua hari sahaja, lepas itu layu dan gugur dari tangkainya.
Bunga orkid liar memang tidak tahan lama.
Thursday, October 12, 2006
Menjelang selepas Raya
Sepanjang bulan Ramadhan, aktiviti kami yang melibat orkid ialah menyiram dan mengemaskinikan pasu-pasu bunga-bunga orkid kami.
Tidak ada 'orchid outing' walaupun di hujung minggu. Bukanlah bererti kami sudah tamatkan aktiviti itu tetapi sekadar menangguhkannya sehingga selepas Hari Raya.
Selepas raya, aktiviti membeli orkid akan disambung semula.
Mungkin juga ketika bercuti hari raya di kampung pun sudah singgah di nursery orkid.
Saturday, October 07, 2006
Bunga Orkid Yang Tahan Lama
Ada satu jenis orkid yang putih warnanya, begitu tahan lama bunganya.
Kami membelinya di Taman Orkid Kuala Lumpur sejak dua bulan lepas. Ketika membelinya kami tidak tahu sudah berapa lama bunga itu telah kembang.
Namun hari ini sudah dua bulan berlalu dan bunganya masih elok.
Kemungkinan bila kami membeli beberapa pasu lagi selepas hari raya nanti, kami akan memilih orkid yang jenis ini.
Wednesday, October 04, 2006
Orkid Liar, Orkid Hybrid
Orkid liar selalu berbunga, namun bunga tidak tahan lama. Tidak sampai seminggu ia dah layu. Tetapi dia kerap berbunga. Bila dah layu, beberapa hari atau selang seminggu sudah tumbuh bunga yang lain.
Orkid hybrid jarang berbunga, namun bila berbunga ia tahan lama: antara empat hingga enam minggu. Bunganya lebih besar daripada bunga orkid liar.
Walau bagaimana pun seseorang penggemar orkid mesti mempunyai kedua-dua jenis orkid ini, bagi melengkapkan koleksi orkidnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)