Tuesday, August 29, 2006

Orkid Liar Cameron Highlands




Semasa memandu dari Brinchang ke Kampong Raja, saya dapati banyak orkid liar tumbuh di lereng bukit.

Saya singgah di satu tempat yang banyak kedapatan orkid liar ini.

Sempat juga saya ambil gambar.

Namun saya tidak pasti sama ada orkid ini akan tumbuh sesubur ini kalau dibawa "turun" dari tanah tinggi ke Lembah Kelang.

Orkid Cameron Highlands (3)




Bila berada di Cameron Highlands, mood bercuti telah mempengaruhi kami.

Berkunjung ke gerai cenderamata di Tanah Rata, singgah juga di gerai yang lain. Namun semua itu tidak dapat menandingi keseronokan berkunjung ke gerai menjual orkid.

Sempat kami singgah di tiga gerai/taman orkid. Bukan saja melihat orkid yang ada, bukan saja mengambil gambar bunga-bunga orkid, tetapi juga membeli beberapa pasu orkid.

Sesuatu yang melucukan ialah kalau ada lagi duit untuk membeli orkid, nescaya kami membeli lagi.

Sunday, August 27, 2006

Orkid Cameron Highlands (2)




Secara tiba-tiba saya terasa ingin nak ke Cameron Highlands.

Bertolak dari Serdang pukul 6.00 petang, sampai di Tanah Rata pukul 11.00 malam, tanpa mendapat pengesahan atau penempahan penginapan.

Nasib baik la Cool Point hotel ada satu bilik kosong lagi. Dapat lah kami sekeluarga beristirihat sebelum pagi.

Di siang hari selain melawat Arked Peladang, kami juga melihat bunga-bungan orkid di beberapa kebun orkid.

Thursday, August 24, 2006

Orkid Bukit Fraser?




Saya tidak tahu sama ada di Bukit Fraser ada kebun bunga orkid.

Tapi apabila saya cadangkan kepada isteri saya untuk ke sana bila hari minggu nanti, beliau terus setuju.

Eloklah saya semak dulu ada ke orkid dijual di Bukit Fraser.

Monday, August 21, 2006

Orchids in the Internet






If you like orchids, but you do not wish to trouble youself with the complexity of palnting and taking care of the orhids, it is possible for you to still enjoy looking at the beautiful pictures of these wonderful flowers.

Well, yes, you just search the internet for the pictures of orchids.

Easy, just type "orchid" in the Google search and lo and behold, you are inundated with websites that display hundreds and thusands of pictures of orchids.

Sunday, August 20, 2006

Orkid Bunga Yang Pelbagai Spesis




Memang banyak spesis bunga orkid. 25,000 semuanya, itu pun spesis yang asal, tidak termasuk spesis yang dihasilkan mellalui teknik kacukan (hybrid).

Berbagai warna boleh didapati: merah, kuning, pink, putih, ungu malah hijau pun ada. Memang mengkagumkan dan menarik hati.

Cuma mereka yang tidak dapat menilai kecantikan sahaja yang tidak akan menyukai bunga-bunga orkid.

Friday, August 18, 2006

Orkid Bunga yang Menarik





Bagi sesiapa sahaja yang tahu menghargai kecantikan, maka tidak dapat tiada dia akan suka melihat keindahan bunga orkid.

Warnanya yang berbagai merah, ungu, pink, putih, merah, kuning dan malah hijau pun ada juga.

Bila bunganya kembang kebanyakannya akan bertahan sahingga sebulan.

Sebab itulah orkid yang dari jenis tumbuh di hutan begitu disukai dan dicari. Sehingga kini spesis asli ada yang hampir pupus akibat pengambilan yang berleluasa oleh peminat orkid.

Wednesday, August 16, 2006

Orkid di Johor




Saya ada terbaca tentang pekej percutian yang diiklankan untuk pelancung Singapura yang menawarkan lawatan ke sebuah kampung nelayan di Kukup, dan selepas itu lawatan ke sebuah taman orkid yang berdekatan Johor Bahru.

Gambar yang ditunjukkan di dalam iklan melihatkan seorang nelayan di dalam sebuah sampan yang sarat dengan tangkapan ikan, ketam dan udang. Amat menarik sekali, tetapi tidak dtunjukkan gambar taman orkid itu pula.

Nampaknya saya kena bawa isteri saya ke taman orkid itu barulah dapat saya lihat taman orkid itu !

Monday, August 14, 2006

Mencari Orkid Cameron Highlands




Ketika merancang-rancang untuk percutian yang akan datang, isteri saya mencadangkan Cameron Highlands sebagai destinasi percutian.

Beliau memilih CH dengan alasan dia menyukai tempat yang sejuk.

Tetapi saya tahu yang salah satu sebab CH dipilih ialah kerana di sana terdapat taman orkid yang mempamirkan berbagai jenis orkid.

Em, nampaknya kali ini percutian kami akan dipengaruhi oleh orkid.

Sunday, August 13, 2006

Orkid Tg Agas Lagi




Kami merancang untuk menziarah kawan isteri saya di Tg Agas lagi bila tiba cuti sekolah tidak lama lagi.

Kalau dulu kami selalu ke sana untuk menjahit baju anak-anak saya, membeli nenas, tetapi kali ini kami akan lebih fokus kepada orkid beliau.

Dia seorang yang pernah belajar di Institut Pertanian di Serdang, cuma beliau mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa. Walau pun begitu dia telah mempraktikkan segala yang dia belajar tentang pertanian. Di sekeliling rumah mereka ditanam berbagai pokok buah-buahan dan juga pokok-pokok bunga. Tidak ketinggalan juga pokok orkid.

Saya percaya dia akan seronok membincangkan tentang penanaman orkid.

Saturday, August 12, 2006

Orkid di Mantin




Kami sekeluara pernah singgah di sebuah pusat semaian orkid di Mantin, Negri Sembilan.

Di situ banyak sekali ditanam berbagai jenis orkid. Puas kami sekeluarga 'merayau' kerana melihat bunga-bunga orkid yang berwarna-warni di situ. Ada warna merah, purple, pink, kuning, oren berbelang, merah berbintik dan macam-macam warna lagi.

Kalau ikutkan kemahuan, rasa nak borong setiap satu pasu bagi setiap jenis orkid yang ada di situ.

Oleh kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam pagar kawasan tersebut, saya hanya mengambil gambar pintu masuk dan sepasu orkid di dalam kereta saya !

Friday, August 11, 2006

Orkid Malaysia Lagi




Begitu banyak jenis orkid liar yang tumbuh di kawasan tanah tinggi di Malaysia, seperti di Taman Negara dan Cameron Highlands.

Sekiranya kita ingin melihat jenis orkid yang benar-benar banyak, lokasi paling sesuai ialah di Gunung Kinabalu, Sabah.

Difahamkan lebih 1,200 spesis orkid yang tumbuh di situ, dan ini mewakili 25% daripada semua tembuh-tumbuhan berbunga yang tumbuh di gunung tersebut.

Thursday, August 10, 2006

Spesis Orkid Malaysia





Pengkaji menganggarkan ada sekurang-kurangnya 850 spesis orkid tumbuh di Semenanjung Malaysia, manakala lebih 2,500 spesis lagi tumbuh di Sabah dan Sarawak.

Banyak juga spesis orkid di Malaysia.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, jumlah di atas tidak termasuk spesis hybrid.

Tuesday, August 08, 2006

Banyak Spesis Orkid



Bila saya baca tentang orkid, saya terpegun apabila mengetahui terdapat lebih 25,000 spesis orkid, yang ini tidak termasuk yang ditanam secara hybrid (kahwin).

Ini bererti sekiranya saya membuat posting bagi satu jenis orkid sahaja setiap hari, maka saya memerlukan selama 25,000 hari untuk menulis semua jenis orkid ini; iaitu lebih 68 tahun baru selesai cerita jenis orkid yang bukan hybrid. Kalau nak masukkan yang jenis hybrid lebih seabad diperlukan.

Mungkin anak dan cucu saya boleh sambung menulis di blog ini setelah saya meninggal dunia...

alang bidara - 9/8/2006

Sunday, August 06, 2006

Orkid Di Pasar Malam Kuala Sg Baru, Melaka






Semasa berkunjung ke pasar malam di kampung isteri saya di Melaka, rupa-rupanya di pasar malam pun ada dijual bunga-bunga orkid yang telah siap di"pasu"kan. Harganya pun berpatutan.

Dah siapa ada berbunga dan indah sekali, sungguh senang mata memandang.

alang bidara - 6/8/2006

Orkid Putrajaya (2)






Selepas membuat posting tentang orkid di Tg Agas, saya terpandang bebarapa gambar lagi yang telah diambil isteri saya semasa beliau di sekolah anak kami di Putrajaya.

Saya rasa gambar ini juga cantik maka saya post di sini juga.

alang bidara - 6/8/2006

Orkid Tg Agas



Kawan isteri saya di Tg Agas, Negri Sembilan adalah seorang yang gemar bercucuk tanam.

Di sekeliling rumah mereka tanam sayur-sayuran serta pokok buah-buahan seperti limau, nangka, rambutan dan lain-lain lagi.

Tidak ketinggalan juga sebuah 'sudut orkid' yang amat menarik perhatian saya. Sempat juga saya ambil gambar-gambar tunbuh-tunbuhan dan bunga orkid itu.

Di sini saya paparkan dua daripada gambar-gambar orkid itu.

alang bidara - 6/8/2006

Orkid di Putrajaya




Saya memang sukakan bunga orkid yang cantik, berwarna-warni, sungguh enak mata memandang, ada juga yang berbau yang harum. Sungguh memikat hati.

Gambar ini di ambil di sekolah anak saya di Putrajaya.

alang bidara - 6/8/2006